Загрузка страницы

DANGAI Paling Sedap Air Tangan Mak Chaq (Bahagian 2) | Resepi Tok

Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.

Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://www.instagram.com/official_fe...) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.

Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.

Dalam episod kedua siri Resepi Tok, Fendi bersama Mak Chaq, seorang penjual kuih Dangai di Balik Pulau. Beliau berkongsi bahan dan teknik yang betul untuk memasak kuih tersebut.

Tambahan pula, keletah Mak Chaq yang terhibur dengan gelagat Fendi yang tidak henti mengusik beliau, banyak kisah dan cerita yang dikongsi dalam episod ini. Seperti contoh, sejarah kali pertama beliau memasak Dangai, bercerita tentang keluarga dan lain-lain.

Terdiri daripada 3 bahan iaitu, tepung pulut, kelapa muda dan gula. Tiga bahan ini menjadi komponen untuk membuat kuih Dangai. Namun tidak semudah itu, kerana kuih tersebut mempunyai acuan khas yang diperbuat dari besi atau tembaga.

Bahagian 1: https://www.youtube.com/watch?v=8zbh-A5W0bY&t=21s

Kepada sesiapa yang mengidam Kuih Dangai, cari dan pergi lah ke gerai kuih setempat dalam usaha membantu ekonomi tempatan. Kita jaga kita :)

Episod Kuih Dangai ini akan diteruskan dalam bahagian ke-2, esok, 12 November 2020, jam 5 petang:

#ResepiTok #Dangai #DestinasiTV

Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Видео DANGAI Paling Sedap Air Tangan Mak Chaq (Bahagian 2) | Resepi Tok канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
12 ноября 2020 г. 14:00:01
00:16:04
Яндекс.Метрика