Загрузка страницы

Ayam Goreng Menusuk Kalbu Gulam Rasul, Teluk Intan | The Nasi Kandar Show

Selamat datang ke rancangan terbaru Destinasi TV, The Nasi Kandar Show bersama hos terbaru kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di serata Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.

Dalam episod ini, kami merentas ke negeri Perak untuk mencari port-port nasi kandar yang best disini. Di Teluk Intan ada satu Restoran Nasi Kandar yang cukup popular di kalangan penduduk setempat dimana lauk kegemaran orang ramai disini adalah ayam goreng berempah. Hidangan nasi kandar disini tidak sah kalau tidak dilengkapkan dengan ayam goreng berempah yang dicicah bersama “secret-recipe-homemade” sambal. Terdapat pelbagai menu lain seperti kari kepala ikan, kari kambing dan juga set biryani. M. Gulam Rasul Nasi Kandar telah ditubuhkan pada 1960 dan kini mempunyai 5 cawangan sekitar Teluk Intan.

Kalau anda sendiri penah try makan di Restoran M.Gulam Rasul Nasi Kandar, tulis rating yang anda nak bagi diruangkan komen dibawah. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Restoran M.Gulam Rasul Nasi Kandar dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.

📍Lokasi » M. Gulam Rasul Nasi Kandar
Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak

🌎 https://goo.gl/maps/spfkmWWhtFm96UYPA

☎️ 05-621 1621 » M. Gulam Rasul Nasi Kandar

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari 24 jam

- - - - - - - - - - - - - - - - -

📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

Видео Ayam Goreng Menusuk Kalbu Gulam Rasul, Teluk Intan | The Nasi Kandar Show канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
22 июля 2020 г. 14:07:59
00:11:31
Яндекс.Метрика