Загрузка страницы

Nasi Kandar Saddam, Segambut | The Nasi Kandar Show

Kembali ke rancangan terbaru Destinasi TV, The Nasi Kandar Show bersama hos terbaru kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.

Untuk episod kali ini, kami singgah ke salah satu restoran Nasi Kandar yang cukup popular dalam kalangan “Nasi Kandaq Hunters” iaitu Saddam Nasi Kandar di Segambut. Restoran Saddam Nasi Kandar telah beroperasi sejak dari tahun 90-an lagi. Disebut sebagai Nasi Kandar Legend kerana lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar segambut yang dikelilingi dengan bengkel-bengkel automotif. Antara menu pilihan disini adalah kari kambing, ayam goreng dan juga sotong.

Kalau anda sendiri penah try makan di Saddam Nasi Kandar, tulis rating yang anda nak bagi diruangkan komen dibawah. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Saddam Nasi Kandar dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.

📍Lokasi » Saddam Nasi Kandar
58, Jalan Segambut Pusat, Taman Segambut 51200, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🌎 https://goo.gl/maps/zrdEEZfvqeRLgDsm8

☎️ 018-378 6154 » Saddam Nasi Kandar

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 7 pagi hingga 12 tengah malam

- - - - - - - - - - - - - - - - -

📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

Видео Nasi Kandar Saddam, Segambut | The Nasi Kandar Show канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
8 июля 2020 г. 14:00:28
00:12:12
Яндекс.Метрика