Загрузка страницы

MAN UDANG & sajian Udang Galah Teluk Intan

Must try food in Malaysia
BANDAR UDANG GALAH
RESTORAN D'TEPIAN SUNGAI, TELUK INTAN, PERAK
MAN UDANG PERAIH & PEMILIK RESTORAN UDANG GALAH

Oleh Rashid Yusof

Ada orang cakap mee udang ni berasal dari Kedah, ada juga yang cakap berasal dari Pulau Pinang, tak kira lah berasal dari mana pun, bagi penggemar mee udang harus mencuba Mee Udang Tepian Sungai Teluk Intan milik Syed Azman atau lebih mesra dengan panggilan Man Udang.

Man Udang mula menempa nama sebagai orang tengah atau peraih udang galah di Teluk Intan, Perak. Dia mendapat bekalan secara berterusan dari pemancing udang galah perseorangan yang menimba rezeki di sepanjang Sungai Perak yang merentasi bandar ini.

Setelah sekian lama menjadi peraih, Pegawai Daerah waktu itu, Tuan Ahmad Zainudin bin Yeop Shamsudin telah mengutarakan kepada Man Udang supaya mengalihkan fokus daripada membekalkan bahan mentah sahaja, kepada membuka restoran dengan menjadikan sajian udang galah sebagai signature dish Teluk Intan.

Man Udang menerima cabaran itu dan akhirnya terdirilah restoran D’Tepian Sungai ini.

Keistimewaan restoran Man Udang bukan hanya terletak pada resepinya yang simple, tetapi pada udang galah yang fresh terus dari sungai, original dan bukan diimport atau dipelihara.

Malah lokasinya pula berada di pinggir Sungai Perak di Teluk Intan, memudahkan bekalan dihantar terus ke dapur restorannya.

Restoran milik Man Udang ini mendapat perhatian ramai sehingga saban minggu menerima pengunjung dari seluruh pelusuk negeri, dari Perlis hingga ke Sabah. Malah kami berjaya memaparkan kehadiran pelanggan dari Melaka, Seremban, Rawang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hanya pada waktu sehari penggambaran kami di sana.

Di sini, di samping menikmati hidangan yang lazat, pengunjung dapat melihat pemandangan senja 'sunset' yang sangat cantik dari pesisiran sungai dengan kehadiran kumpulan burung bangau kembali ke sarangnya.

Dan hari ini, hasil dari usahanya, Man Undang menjadi antara peribadi yang telah berjaya menaikkan taraf Teluk Intan sebagai Bandar Udang Galah.

Untuk memudahkan pencarian lokasi restoran ini, anda boleh melayari google map dengan menaip tepian sungai udang galah.

Untuk tempahan sila Man Udang di talian 010-5307713 atau Azizah 013-299099.

Pertautan kisah ini di https://www.youtube.com/watch?v=UB6tebF4VOc

Dari sumber https://www.youtube.com/channel/UCyk7k4CuaX8Uacew1q_FGnA

Видео MAN UDANG & sajian Udang Galah Teluk Intan канала APA KHABAR TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
7 октября 2017 г. 17:06:17
00:14:35
Яндекс.Метрика