Загрузка страницы

Nasi Kandar Terbaik Pulau Pinang! [ENG SUBS]

DAPATKAN T-SHIRT SENTIASA LAPAR: https://tuatu.my/collections/destinasi-tv

Nasi Kandar merupakan makanan yang cukup terkenal dan ikonik di Pulau Pinang. Setiap insan yang singgah ke Pulau Pinang wajib merasai Nasi Kandar asli Pulau Pinang. Agak sukar untuk menentukan, di mana Nasi kandar yang terbaik, kerana setiap orang mempunyai cita rasa mereka sendiri, tapi boleh kata hampir semua memang sedap dan berbaloi

Dalam episod ini, kami tiba di Ayer Hitam, Pulau Pinang untuk mencari Nasi kandar pilihan warga tempatan. Atas cadangan warga negeri ini, kami singgah ke Nasi Kandar Kampung Melayu(A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang). Selepas subuh ramai orang sudah beratur untuk bersarapan.

Kagum dengan sarapan yang agak berat ini, tidak dapat disangkal lagi, nasi kandar ini sememangnya antara yang terbaik di seluruh Malaysia. Sesiapa yang bercadang ke Pulau Pinang, pastikan anda singgah dan merasai Nasi Kandar Kampong Melayu.

- - - - - - - - - - - - - - - -
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

Видео Nasi Kandar Terbaik Pulau Pinang! [ENG SUBS] канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
31 января 2019 г. 14:00:03
00:09:39
Яндекс.Метрика