Загрузка страницы

Apa itu Nasi Dalca? Nasi Dalca Khalis Penang (Bahagian 1) | Resepi Tok

Dalam episod pertama siri Resepi Tok, Fendi ke Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk mempelajari proses pembuatan Nasi Dalca. Sebuah hidangan yang datang ke Malaysia melalui proses penghijrahan masyarakat dari India ke Pulau Pinang. Selepas melalui proses asimilasi dan diturunkan beberapa generasi, hidangan berasaskan sayuran ini telah dimeriahkan dengan rencah dan rasa tempatan.

Digabungkan bersama Nasi Minyak, hidangan ini sememangnya dekat di hati rakyat tempatan kerana seakan-akan menyerupai menu rewang majlis perkahwinan di kampung-kampung tempatan. Fendi bertemu dengan pemilik Nasi Dalca & Briyani Khalis, Bayan Lepas, Encik Muhammad Khalis, untuk mengetahui lebih dalam mengenai sejarah restoran ini dan bagaimana nasi dalca menjadi menu terkenal di Pulau Pinang.

Fendi kemudiannya ke dapur restoran bertemu dengan Encik Alam Shah untuk mempelajari bagaiman mereka menyediakan kuah dalca untuk 100 hidangan. Fendi terkejut mengetahui bilangan ramuan yang digunakan dan akan menghiburkan hati anda dengan telatah dan lawaknya.

Episod Nasi Dalca ini akan diteruskan dalam bahagian ke-2, esok, 5 November 2020, jam 5 petang:
https://youtu.be/z9y8XAQkavg

Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.

Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://www.instagram.com/official_fendi.mohammad/) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.

Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.

🍛 Nasi Dalca & Briyani Khalis, Bayan Lepas
📍 487, Jalan Dato Ismail Hashim, Kampung Masjid, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
🕰 Ahad 12:00–10:30PTG
Isnin 12:00–10:00PTG
Selasa 12:00–10:30PTG
Rabu 12:00–10:30PTG
Khamis 12:00–10:30PTG
Jumaat 12:00–10:30PTG
Sabtu Tutup
☎️ 019-594 4533

#ResepiTok #NasiDalca #DestinasiTV

Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freemium/destinasitv/all?lang=en

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Видео Apa itu Nasi Dalca? Nasi Dalca Khalis Penang (Bahagian 1) | Resepi Tok канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
4 ноября 2020 г. 14:00:05
00:18:24
Яндекс.Метрика