Загрузка страницы

Resepi Kek Pandan Gula Melaka | The Best Pandan Gula Melaka Cake

Hai kali ni saya nak berkongsi resepi kek pandan gula melaka. Ada 3 proses untuk kita sediakan kek ini iaitu kek pandan, sirap gula melaka dan swiss meringue buttercream. Saya tunjukkan semua resepi lengkap dalam satu video. Semoga resepi ini bermanfaat dan selamat mencuba. Terima kasih

Bahan-bahan

Kek Pandan
-220 gram tepung gandum
-220 gram gula kastor
-1 sdk serbuk penaik/baking powder
-5 biji telur
-1 sdk ovalette
-80 ml jus pandan (kisar 8 helai daun pandan+setengah cawan air)
-1 sdk pandan paste
-70 ml minyak jagung

Sirap Gula Melaka
-1 cawan gula melaka
-1 cawan air
-Daun pandan
-1 sdb tepung jagung
-1 sdb air

Swiss Meringue Buttercream
-3 biji putih telur(pastikan tiada langsung kuning telur)
-150 gram gula kastor
-320 gram salted butter
-1 sdk essen vanilla
-3 sdb/45 ml santan kotak(saya guna kara)
-80 ml sirap gula melaka

Nota: Panaskan oven anda terlebih dahulu, dalam 10 minit sebelum masukkan kek. Kepanasan oven juga bergantung pada jenis oven masing2.

Видео Resepi Kek Pandan Gula Melaka | The Best Pandan Gula Melaka Cake канала Nazrul Hafiz
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 сентября 2020 г. 9:18:15
00:09:25
Яндекс.Метрика