Загрузка страницы

Pulau Rawa, Mersing, Johor (3 hari 2 malam)

Percutian kami ke Pulau Rawa pada 12-14 Jun 2020. Pulau ini mula dibuka selepas penutupan lebih kurang 3 bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Penginapan kami adalah di Rawa Island Resort selama 3 hari 2 malam.

Pulau Rawa terkenal dengan keindahan alam semula jadi seperti pantai yang bersih dan jernih, airnya berwarna biru kehijauan. Pasir pantainya putih dan mempunyai kawasan berpasir yang luas.

Pihak Rawa Island Resort ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan para pengunjung seperti kerusi dan meja serta pondok-pondok di sepanjang pesisir pantai. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti berenang, snorkeling, berkayak, bermain gelongsor air & menyelam ke dasar laut dengan menyewa kelengkapan aktiviti di Sea Sport Center Rawa Island Resort.

Seterusnya anda boleh menikmati pemandang di sekitar pulau dengan melakukan aktiviti Island Walk. Anda boleh mengunjungi Dive Centtre, Cactus Garden, Owl Habitat, Carpenter Workshop dan melihat reka bentuk seni binaan yang tampak hebat milik Rawa Island Resort setanding dengan reka bentuk seni binaan luar negara. Di pulau ini terdapat beberapa spesis merak dan anda pasti akan kerap terlihat merak-merak ini bergerak bebas di sekitar pulau.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti sukan seperti bermain tenis, ping pong, bola tampar dan trampoline serta aktiviti hiking ke puncak Pulau Rawa.

Untuk tempahan boleh layari https://rawaislandresort.com

Record by :
Huawei P20 & Huawei P30pro

Music in this video :
Elektronomia - Shine On (Ft. Katie McConnell)
FREE COPYRIGHT Happy Travel Background Music - Children Background Music No Copyright by MUSIC4VIDEO
NO COPYRIGHT Inspirational Music - Inspiring Background Music No Copyright by MUSIC4VIDEO
NO COPYRIGHT Motivational Music - Uplifting Corporate Background Music Free Copyright by MUSIC4VIDEO
NO COPYRIGHT Travel Pop Music - Travel Video Background Music Free Copyright by MUSIC4VIDEO

Видео Pulau Rawa, Mersing, Johor (3 hari 2 malam) канала Hyper Trader
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
18 июня 2020 г. 18:41:30
00:14:26
Яндекс.Метрика