Загрузка страницы

Percutian 3H2M di #PulauPangkor 2019 || Berbaloi atau tidak? || Vlog 03

Pulau Pangkor memiliki bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, dan masih segar ditumbuhi pokok-pokok yang hijau. Pulau ini terkenal sebagai destinasi pelancongan yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang menyeronokkan boleh dilakukan di sini

Bentuk muka buminya dan alam semulajadinya yang terpelihara dengan baik menjadikan ia lokasi yang tepat untuk anda yang ingin menghirup udara segar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, bird-watching, snorkeling, berkhemah, dan macam-macam lagi.

Kalau anda sukakan aktiviti-aktiviti outdoor dan ingin mendekati flora dan fauna yang tak dapat dinikmati di kawasan bandar, jomlah ke Pulau Pangkor. Kalau anda datang dari kawasan bandar seperti KL atau Selangor, ini adalah salah satu pulau terdekat yang boleh dilawati.

Asal-usul nama Pulau Pangkor adalah daripada bahasa Thai ‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau yang cantik. Namanya pun sudah menggambarkan keindahan pulau ni, jadi tak perlulah anda berfikir dua kali, rancanglah untuk ke sini pada musim percutian akan datang.

Sama seperti banyak destinasi terbaik di Melaka di Pulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670.

Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.

Tujuan lain pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini dan dalam masa yang sama pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka.

Kiranya, Kota Belanda ini memegang nilai yang penting dalam sejarah negeri Perak. Memang patut anda datang ke sini bersama keluarga untuk melihat sendiri peninggalan penuh sejarah ini dengan lebih dekat.

Batu bersurat ini terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda. Apa yang ditunjukkan pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau, agak menyeramkan juga satu lukisan sebegini diabadikan pada sekeping batu kan?

Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini.

Lagi satu yang pelik pasal batu ini adalah penduduk tempatan mengatakan yang batu ini pada asalnya memiliki saiz yang kecil tapi semakin lama ia kelihatan seperti semakin besar, seolah-olah hidup. Datanglah ke sini kalau nak lihat dengan lebih dekat lagi baru bersurat yang terkenal ini, mana tahu, kalau-kalau anda dapat merungkai misteri di sebalik batu ni.

Pantai Teluk Nipah
Banyak aktiviti air yang ditawarkan di pantai ini, baru seronok anak-anak anda bila bercuti dapat buat aktiviti yang melibatkan main air ni, siapa tak suka.

Tapi anda kena pandai juga mencari pakej aktiviti air yang murah, tak adalah terasa berat nak keluarkan duit poket untuk beramai-beramai bermain air. Ada yang murah, ada yang mahal, survey dulu baru puas hati.

Kawasan ni agak padat pada musim cuti sekolah. Tapi tak apalah kan, ramai tak ramai, yang penting anda sekeluarga dapat berseronok. Sekitar pantai ini agak meriah juga dengan gerai-gerai untuk anda membeli kudapan dan makan sambil menikmati pemandangan.

Pulau Giam terletak berhadapan dengan pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor dan bersebelahan dengan Pulau Mentagor..pasir pantainya putih bersih.

Terdapat batu-batu besar berdekatan pantainya menjadikan suasana persekitaran yang indah.Untuk ke pulau ini boleh mengunakan bot dari pantai Teluk Nipah.

Jika minat dengan aktiviti ekstrim boleh juga berkayak sebab jaraknya tidaklah jauh untuk ke sini. Apa yang unik nya, sekitar awal bulan Februari pada sambutan Tahun Baharu Cina berlaku fenomena air surut.

Pengunjung boleh menyeberang ke pulau dengan berjalan kaki sahaja..
Antara aktiviti di pulau ini ialah snorkelling, trekking dan bersantai.

PULAU PANGKOR BEBAS CUKAI JANUARI 2020

#pulaupangkor #pangkorisland #pulaugiam #snorkeling #visitperak #lumut
#pekanlumut #manjung #jettymarinaisland #marinaisland #jettypangkor #kotabelanda #masjidterapungpulaupangkor #pulaubebascukai #teksivanmerahjambu #islandhopping #travel #foodhunter #pantaiteluknipah #teluknipah #beach #purnamabeachresort #resort #seafood #batubersurat #satayikan #island #coralisland

Видео Percutian 3H2M di #PulauPangkor 2019 || Berbaloi atau tidak? || Vlog 03 канала Gnola79 Channel
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
11 января 2020 г. 21:22:02
00:58:38
Яндекс.Метрика