Загрузка страницы

Gula Melaka / Nise Kerek | How Its Made - Palm Sugar

Gula Melaka mempunyai beberapa nama. Di Kelantan namanya nise kerek, Terengganu namanya nisan kerek, manakala di Melaka namanya gula melaka.

Tidak keterlaluan jika kita katakan gula melaka adalah antara bahan utama yang penting dalam kebanyakan menu masakan tradisional Melayu. Berasal daripada nira pohon kelapa, gula melaka suatu bahan makanan yang istimewa, bermula daripada proses pembuatannya sehinggalah ke proses penggunaannya. Terdapat pelbagai versi warna dan kondisi gula melaka di Malaysia, bergantung pada bahan yang terdapat dalamnya dan cara pembuatannya,baik moden mahupun tradisional.

Dari segi rasa pula, gula Melaka mempunyai rasa yang unik, iaitu manis (namun tidak keterlaluan jika dibandingkan dengan gula biasa), sedikit berkrim dan mempunyai aroma seperti dipanggang. Ada juga yang berpendapat bahawa gula mempunyai rasa seperti coklat, butterscotch dan karamel.

Gula melaka diperlukan dalam juadah seperti puteri mandi, onde onde, lompat tikam, pulut durian, kuih koci, kuih ketayap dan banyak lagi.

Di Kelantan perusahaan ini menjadi semakin kurang popular. Kalau dulu masa saya kecil, di belakang rumah pun ada orang buat nise kerek. Tapi kini, generasi baru kurang berminat untuk menyambung legasi tradisional ni. Mungkin untungnya tak seberapa dan banyak kudrat yang diperlukan.

Atas kesedaran itu, channel Ajimo pergi merakam proses pembuatan nise kerek secara tradisional di Kg Pulau Gajah Kelantan. SUpaya, orang muda sekarang boleh tengok macam mana proses pembuatannya.

Kamera digunakan dalam video ni : https://t.productlink.io/a5a29

Видео Gula Melaka / Nise Kerek | How Its Made - Palm Sugar канала Ajimo
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
14 февраля 2020 г. 11:59:14
00:10:53
Яндекс.Метрика