Загрузка страницы

Pizza PASAR VS Pizza PREMIUM | Pilihan Terbaik

Download aplikasi Dego:
Apple: https://apps.apple.com/my/app/dego-app/id1485856454
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.degoapp.customer

Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini: https://www.instagram.com/p/CC-GvJ7pzUU/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

- - - - - - - - - - - - - - - -

Dalam episod ini, kami mencari pizza yang mempunyai nilai harga yang berbeza. Pizza merupakan salah satu jenis makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malayia. Makanan yang berasaskan dari doh roti dan mempunyai pelbagai jenis “topping” diatas nya seperti keju, sayur-sayuran dan daging.

Untuk lokasi pertama, kami singgah ke Pasar Malam Seksyen 28 Shah Alam. Walaupun hanya menjual pizza di tapak pasar malam, namun Pizza D’Rahmat menjadi tumpuan kerana mempunyai lebih dari 10 jenis topping pizza dan harganya sangat berpatutan. Untuk 1 keping pizza regular hanya berharga RM2.

📍Lokasi 1 » Pizza D’Rahmat
Pasar Malam Shah Alam, Selangor

☎️ Telefon » 016-255 2569

⏰ Waktu Operasi »
Pasar Malam Isnin Seksyen 28
Pasar Malam Selasa Seksyen 17
Pasar Malam Rabu Seksyen 24
Pasar Malam Khamis Seksyen 27
Pasar Malam Jumaat Seksyen 6
Pasar Malam Sabtu Seksyen 19

- - - - - - - - - - - - - - - -

Meat & Eat merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pizza yang unik seperti Chicago Deep Dish Pizza dimana sangat sukar untuk didapati di mana-mana restoran di Malaysia. Hidangan Deep Dish Pizza ni berasal dari Chicago, US dan ketebalan pizza ini sangat berbeza daripada pizza yang dijual. Pizza Deep Dish yang seakan-akan pai ini hanya berharga RM 38. Restoran Meat & Eat juga menghidangkan pelbagai menu pizza, western, pasta dan lain-lain.

📍Lokasi 2 » Meat & Eat
40, Jalan PJU 1/45, Aman Suria 47301 Petaling Jaya

☎️ Telefon » 03-7886 9330

⏰ Waktu Operasi » Selasa sehingga Ahad dari 11 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10 malam

- - - - - - - - - - - - - - - -

Untuk lokasi terakhir, kami mencuba Steak & Cheese Pizza dari Fino Piza TTDI. Chef Shaufi berpengalaman dalam bidang pembuatan pizza lebih dari 10 tahun dan kini menetap di Kuala Lumpur dan membuka restoran sendiri. Pizza premium ini diperbuat dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dimana mereka mengunakan daging “sliced ausie rib eye” dan pizza tersebut berharga RM58 sahaja. Ada pelbagai jenis menu pizza premium yang dihidangkan di Restoran Fino Piza.

📍Lokasi 3 » Fino Piza
44, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 03-7733 7474

⏰ Waktu Operasi » Khamis sehingga Selasa dari 11 pagi hingga 10 malam

Kalau anda ingin mencuba kesemua jenis pizza yang tertera diatas boleh lah datang dan rasai sendiri keunikkan pizza yang kami nilai. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar dan kurangkan berkumpul ditempat yang terlalu ramai orang.

- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

©️ Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

Видео Pizza PASAR VS Pizza PREMIUM | Pilihan Terbaik канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
24 июля 2020 г. 14:00:14
00:21:24
Яндекс.Метрика