Загрузка страницы

Itik PANGGANG RM 65 VS Itik Gulai KERUTUK RM 7 | Pilihan Terbaik

Dalam Episode baharu siri Pilihan Terbaik pada kali ini, Azri kini bergabung bersama Zamri dan akan mencuba satu makanan yang paling unik sekali iaitu menu Itik! Mereka akan menilai menu Itik yang mempunyai tiga harga yang berbeza iaitu dari murah, sederhana dan mahal. Di akhir rancangan ini, kita akan tahu menu mana yang akan menjadi Pilihan Terbaik pada kali ini!

PROMO CODE MINGGU INI : DTVITIK

Gunakan Promo Code Destinasi TV diatas untuk menikmati 25% Diskaun atas semua pembellian melalui Aplikasi Dego. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.coP/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/2RTVG6Q

Untuk lokasi pertama, kami telah mencuba menu istimewa yang berasal dari negeri Kelantan, iaitu Gulai Kerutuk Itik Serati yang berharga RM7. Istimewanya menu ini adalah mereka menggunakan bahan rempah ratus dari Kelantan, dan membuatkan gulai itu manis dan boleh dimakan dengan pelbagai jenis nasi! Itik yang digunakan di sini adalah sejenis Itik Serati dimana saiz lebih besar daripada itik biasa. Anda juga boleh mencuba pelbagai menu yang lain di Gerai Makan Cik Yah, terutamanya bagi yang merindui masakan lauk daripada Kelantan!

📍Lokasi » Gerai Makan Cik Yah
9, Jalan AU 5, Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

☎️ Telefon » 019 - 243 5312
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 7 pagi - 2 Petang.

Seterusnya, kami telah pergi ke Wood-Fire Oven Pizzeria untuk merasai keunikkan menu Itik Salai bersama Pizza, iaitu Smoked Duck Pizza with Balsamic Glaze yang berharga RM47. Apa yang menariknya adalah kebanyakkan bahan yang digunakan di sini adalah dibuat sendiri, dari doh pizza ke pes tomato. Tidak lupakan juga kepingan daging itik itu disalai sendiri di dalam restoran mereka dan ia mengambil masa tiga jam sebelum bersedia dihidang kepada para pelanggan.

📍Lokasi »Wood-fire Oven Pizzeria
Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 03 - 6419 7530
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 11 pagi - 9 malam

Akhir sekali, kami mencuba Roasted Duck yang berharga RM65 seekor di Roast Kitchen yang berlokasi di Cheras. Di sini, mereka mengambil masa 48 Jam untuk persiapan Roasted Duck tersebut dan ramuan yang mereka menggunakan adalah buatan sendiri termasuk sos, nasi dan sebagainya. Yang paling penting, itik-itik yang mereka menggunakan mendapat iktiraf Halal daripada JAKIM. Anda boleh mencuba pelbagai jenis menu yang ada di Roasted Kitchen seperti Nasi Itik dan Mee Wantan!

📍Lokasi » Roast Kitchen
No. 19, Jalan 2/105, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

☎️ Telefon » 03 - 2858 9283
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi - 5 petang

Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Видео Itik PANGGANG RM 65 VS Itik Gulai KERUTUK RM 7 | Pilihan Terbaik канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
30 октября 2020 г. 14:00:16
00:24:10
Яндекс.Метрика