Загрузка страницы

Pes Nasi Goreng; Nasi Goreng Kampung 5 minit

Kali ni Che Nom nak share idea masakan yang sangat lah membantu mudahkan kerja kita memasak di dapur, iaitu cara untuk masak pes nasi goreng homemade.
Ada dua bahagian dalam video ni. Pertama, cara untuk sediakan bahan-bahan dan masak pes nasi goreng.
Bahagian yang kedua pula, Che Nom akan kongsi cara untuk masak nasi goreng dengan menggunakan pes tersebut serta di olah supaya lebih menarik dan cukup berselera hasilnya.

Kelebihan kalau sediakan pes ni awal, nanti bila teringin nak makan, cepat aja untuk kita siapkan satu hidangan lengkap nasi goreng. Apabila masak di rumah, macam-macam kita boleh masukkan. Nak lebih sayur atau lebihkan protin, yang paling penting dijamin bersih dan sedap.

//Bahasa Melayu
---------------------------
Bahan pes perencah nasi goreng:
2-3 biji bawang besar
6-8 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
6-8 tangkai cili merah
120g / 55 tangkai cili padi
Ikan bilis
1/2 inci belacan
1 cwn minyak masak
2 ketul kiub ikan bilis
2 sk garam

Bahan untuk nasi goreng:
Minyak masak
Sedikit isi ayam
1 biji telur
2 sb pes nasi goreng
Lobak merah
Kangkung
1 cwn nasi sejuk
Kicap pekat manis
Timun
1 biji telur
1/4 sk garam
Sedikit serbuk kunyit
Keropok
Ikan bilis goreng

//English
---------------------------
Ingredients for fried rice seasoning paste
2-3 red onions
6-8 shallots
8 cloves garlic
6-8 red chilli
120g / 55 bird eye chilli
Anchovies
1/2 inch fermented shrimp paste
1 cup cooking oil
2 pieces anchovies cube
2 tsp salt

Ingredients for fried rice:
Cooking oil
A little bit chicken breast
1 egg
2 tbsp fried rice paste
Carrot
Water spinach
1 cup cold rice
Sweet soy sauce
Cucumber
1 egg
1/4 tsp salt
A little bit turmeric powder
Chips
Fried anchovies

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/

#resepichenom

Видео Pes Nasi Goreng; Nasi Goreng Kampung 5 minit канала Che Nom
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
3 июня 2023 г. 9:00:21
00:08:36
Яндекс.Метрика