Загрузка страницы

Nasi Kandar Paling Famous di Ipoh, Perak | The Nasi Kandar Show

The Nasi Kandar Show kembali lagi untuk minggu ini bersama hos terbaru kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.

Lokasi kami seterusnya tidak lain tidak bukan, Nasi Kandar Ayam Merah, tau lebih dikenali sebagai Nasi Ganja. Kami tiba seawal 10 pagi namun sudah ada orang yang beratur untuk membungkus makanan. Kedai itu menjadi tempat kegemaran rakyat setempat dan juga pelancong untuk menikmati juadah terkenal mereka "Nasi Ganja"

Berdasarkan pengamatan awal, tiada yang istimewa mengenai rupa hidangan tersebut. Hanya harga dan suasana kedai yang menjadi buah mulut kami pagi itu. Namun setelah merasai hidangan tersebut, kami sedar bukan kerana rasa kedai itu dipenuhi orang. Namun sejarah kedai tersebut, persekitaran dan juga pilihan makanan disitu menyebabkan kedai itu dikunjungi orang dari pelusuk dunia.

Kami makan Nasi Kandar Ayam Merah yang berharga RM5.80 antara jurang harga paling murah berbanding Nasi Kandar yang lain. Di sajikan dengan Nasi Putih, kuah Kari, Ayam Merah, telur Masin dan Timun. Bak kata Anuar, portion hidangan paling munasabah sekali setakat ini.

Nak tahu berapa surr Nasi Kandar ni dapat? Tonton video ini sepenuhnya.

p/s. Ada sesetengah klip dalam video ini dirakam sebelum PKP Fasa 1 dijalankan

📍Lokasi » Nasi Kandar Ayam Merah, Ipoh
»Yong Suan Coffee Shop, 2, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh

🌎 https://bit.ly/3afovTM

☎️ +6052544314 » Nasi Kandar Ayam Merah

⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 9:30 pagi hingga 6 petang

- - - - - - - - - - - - - - - - -

📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

Видео Nasi Kandar Paling Famous di Ipoh, Perak | The Nasi Kandar Show канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
12 августа 2020 г. 14:00:03
00:12:42
Яндекс.Метрика