Загрузка страницы

Apam Nasi | Lembut macam apam kampung dulu-dulu

Kali ini Che Nom nak berkongsi resepi kuih tradisional atau kuih muih Melayu lah orang kata, iaitu apam nasi yang sangat lembut, gebu. dan sedap pulak tu. Lebihan nasi sejuk kalau dah boring asyik buat nasi goreng aja boleh lah cuba buat apam nasi pulak. Resepi asal dari sahabat Che Nom iaitu kak Roha Hassan, dan hasil dari resepi ni memang seakan-akan sama macam apam yang Che Nom selalu makan di kampung dulu..dengan tekstur lembut nya, dengan cukup manis dan hasil perapan dari yis tu memang cukup sedap baunya. Makan pula dengan kelapa parut aduhai terasa macam berasa di kampung. Sukatan semuanya dalam sudu dan cawan dan nak bancuh pun guna blender aja.
Anggaran hasil : 40 biji

//Bahasa Melayu
-------------------------------------------------
1 cawan /160g nasi
1 ½ cawan /275ml air
1 cawan /200g gula
2 cawan /270g tepung beras
2 sudu besar /16g tepung gandum
1 sudu kecil /3g yis kering
1 paket ENO asli (pilihan)
Pewarna
½-1 biji kelapa parut
1 helai daun pandan

//English
--------------------------------------------------
1 cup /160g rice
1 ½ cup /275ml water
1 cup /200g sugar
2 cups /270g rice flour
2 tablespoons /16g plain flour
1 teaspoon /3g dry yeast
1 pack original ENO (optional)
Food colouring
½ -1 grated coconut
1 pandan leaf
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook

Видео Apam Nasi | Lembut macam apam kampung dulu-dulu канала Che Nom
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
25 сентября 2021 г. 14:00:02
00:08:36
Яндекс.Метрика