Загрузка страницы

RESEPI RENDANG AYAM TRADISI | STEP BY STEP | MUDAH DAN SEDAP

Menu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kini rendang ayam sudah DIKENALI diseluruh dunia, setaraf dengan Nasi Lemak yang sinonim dan merupakan ikon makanan rakyat Malaysia!

Kaum Melayu biasa menyediakan juadah Rendang ini semasa menyambut perasaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Makanan yang istimewa ini lazimnya dinikmati bersama Ketupat, Lemang, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Putih dan bermacam-macam lagi. Ada pelbagai jenis resepi rendang mengikut negeri dan warisan keluarga masing-masing. Jangan lupa mencuba resepi tradisi keluarga Dayang Suri ini ye!

Bahan-bahan

1ekor ayam (resepi ini menggunakan ayam seberat 1.5kg)~dipotong 16
200ml Santan Pekat@Santan Kotak Kecil
15 tangkai cili kering (kisar halus)
10 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
3 sudu besar kerisek
1 sudu besar gula melaka
2 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan tumisan(kisar halus)

15 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 ketul kunyit hidup
4 batang serai

Rempah tumis (Tiga sekawan)

1 batang Kulit Kayu Manis
3 kelopak bunga lawang
6 biji buah pelaga

1 mangkuk kecil minyak masak untuk menumis(dalam 12 sudu besar lebih kurang)
Tips : Kalau nak Rendang tahan lama, jangan masukkan bawang besar sebab ia boleh membuatkan rendang cepat basi.

P/s: Resepi ini sesuai untuk daging juga, langkah yang sama cuma masak lama sikit supaya daging empuk dan lembut, ingat... Sentiasa guna api kecil dan tutup dengan penutup kuali atau periuk masa tumis cili kalau tak nak dapur berkecah🤗

Music: https://www.bensound.com

📧Email : daayangsuri@gmail.com

Видео RESEPI RENDANG AYAM TRADISI | STEP BY STEP | MUDAH DAN SEDAP канала Dayang Suri
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
27 июля 2020 г. 5:35:50
00:11:25
Яндекс.Метрика