Загрузка страницы

Roti Terbang Asam Pedas Banjir

DAPATKAN T-SHIRT SENTIASA LAPAR: https://tuatu.my/collections/destinasi-tv

Asam Pedas merupakan makanan dari suku etnik Minangkabau dan sangat terkenal di Melaka. Hidangan ini sangat ikonik sehingga menjadi makanan utama penduduk negeri Melaka. Hampir di setiap penjuru negeri bersejarah ini terdapat warung atau restoran yang menyediakan Asam Pedas.

Hari ini, kami singgah ke Ujang Asam Pedas Claypot yang terletak di Pasar Besar Batu Berendam. Gerai ini beroperasi bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi. Uniknya medan selera Pasar Besar Batu Berendam ini adalah hampir semua peniaga menjual hidangan yang sama, iaitu Asam Pedas. Masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri.

Dalam episod Mat Salleh Cari Makan ini, Rhys William mencuba 3 jenis asam pedas, iaitu itu Tetel, Telur Ikan Mayon dan Tenggiri dan Ikan Tenggiri. Semua hidangan beserta set nasi bermula dari 8-12 ringgit.

Di samping menjamu selera, anda boleh juga melihat gelagat pembuat roti menebar roti canai terbang. Sangat menarik. yang istimewanya, anda boleh merasai roti canai beserta asam pedas. Memang sedap!

#asampedas #matsallehcarimakan #melaka

- - - - - - - - - - - - - - - -
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.

Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.

© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

Видео Roti Terbang Asam Pedas Banjir канала DESTINASI TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
17 января 2019 г. 14:00:03
00:09:54
Яндекс.Метрика