Загрузка страницы

Roti lembut dan gebu dengan bahan asas saja | TIPS meroti

Bismillahirrahmanirrahim,

Roti adalah antara yang kerap sis buat memandangkan ada anak yang tak makan nasi, hanya makan roti dan pasta. Dalam 1 minggu, biasanya 3-4 kali bergantung pada keadaan.

Sis kongsikan di sini cara sis meroti dan TIPS untuk anda cuba. Bahan yang sis gunakan adalah bahan asas sahaja tanpa penggunaan bahan pelembut roti tapi dapat menghasilkan roti yang lembut dan gebu.
Selamat mencuba !

——————————————————————————

Roti Lembut dan Gebu (loyang 10x10 inci)
Youtube : http://www.youtube.com/c/SuriantiKitchen

Bahan-bahan :
🔵 250 g tepung high protein
📌 jika gunakan tepung gandum pun boleh, sama kuantitinya tapi tekstur roti akan berubah menjadi kasar sedikit selepas 3 hari (tak ketara sangat pun)

🔵 80 g air sejuk dari peti ais + 40 g kiub ais (total 120 g)
🔵 40 g gula pasir
🔵 30 g susu tepung
🔵 30 g marjerin
🔵 1 biji telur gred A atau B
🔵 1 sudu kecil (sudu metrik) yis kering (jenama mauripan, saf instant dll yang sejenis dengannya)
🔵 ½ sudu kecil (sudu metrik) garam

Bahan tabur :
🔵 Bijan - boleh tabur dengan gula atau pun dibiarkan kosong sahaja

——————————————————————————

📌roti akan KEKAL LEMBUT & GEBU walaupun setelah roti sejuk jika waktu menguli dohnya elastik seperti video

📌 uli 30 minit dulu dan check, jika belum mendapat tekstur doh yang elastik seperti saya tunjuk dalam video, mesti sambung lagi uli. Berapa lama lagi ? Anda yang menguli, anda sambil check doh tu elastik atau tidak✌️

📌simpan dalam bekas kedap udara (kalau roti yang kita beli pun kita simpan dengan baik dan tak biarkan terdedah, begitu jugak lah roti homemade)

——————————————————————————

Instagram : https://www.instagram.com/surianti_kitchen/
Facebook : https://m.facebook.com/Surianti_Kitchen-2069089969974636/?ref=bookmarks
Youtube : http://www.youtube.com/c/SuriantiKitchen

#jendeladapursurianti #rotisurianti

Видео Roti lembut dan gebu dengan bahan asas saja | TIPS meroti канала Surianti Kitchen
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
9 июля 2021 г. 7:34:43
00:08:21
Яндекс.Метрика