Загрузка страницы

Karipap | Kuih Tradisional | Try Masak | iCookAsia

Karipap merupakan kuih wajib bagi semua penggemar kuih di Malaysia. Ianya sungguh popular sehinggakan setiap gerai yang menjual kuih-muih pasti menjual karipap. Cuba resepi mudah ini dan anda dapat menikmatinya bersama seisi keluarga!

For the English version of this recipe, click on the link below:
https://www.youtube.com/watch?v=yYhTziI-9Xk

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat inti karipap adalah:
3 biji Ubi kentang – buang kulit dan dipotong dadu
1 biji Bawang besar – dipotong dadu
2 ulas Bawang putih – dicincang halus
2 sudu besar Rempah kari daging – Bancuh dengan air supaya menjadi paste
1 cawan Daging cincang
Air ( secukupnye untuk melembutkan ubi kentang )
Gula ( secukup rasa )
Garam ( secukup rasa )
4 sudu besar Minyak

Cara menyediakan inti:
1) Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga naik bau
3) Kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga naik minyak dan sedikit garing
4) Seterusnya masukkan ubi kentang dan daging cincang, gaul sebati
5) Masukkan air secukupnya dan masak hingga ubi kentang menjadi lembut
6) Setelah empuk masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan sejukkan sebentar inti karipap tersebut.

Bahan-bahan bagi kulit karipap pula adalah:
400 gm Tepung gandum
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan minyak – di panaskan
½ cawan Air ais di campur garam
Minyak – secukupnya untuk menggoreng karipap

Cara menyediakan kulit karipap:
1) Mula-mula masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
2) Masukkan marjerin ke dalam tepung dan gaul sebati
3) Kemudian panaskan minyak dan tuang ke dalam adunan tepung
4) Masukkan air ais bercampur garam dan uli hingga menjadi doh.
5) Kemudian perapkan doh selama ½ jam
6) Selepas itu, bahagikan doh menjadi bulat kecil dan canai nipis.
7) Masukkan inti dan kelim tepinya.
8) Akhir sekali goreng karipap di dalam minyak yang sederhana panas sehingga kuning keemasan. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia http://icookasia.com/my untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
#iCookAsia #Karipap #CurryPuff

Видео Karipap | Kuih Tradisional | Try Masak | iCookAsia канала iCookAsia
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
22 июня 2014 г. 13:36:47
00:03:54
Яндекс.Метрика