Загрузка страницы

Kuih Seri Muka Pasti Permukaan Licin | Kueh Salat | Gerenti Habis Cepat #nyonyakuih

Hai semua video kali ni saya nak kongsikan dengan anda resepi kuih seri muka. Sangat sedap kuih seri muka ni, yelah dah banyak kali laa saya cuba belajar sebab nampak senang tapi beberapa kali gagal. Tapi Inshaallah resepi ini memang saya dah sukat dengan tepat bahan bahannya. Inilah rasa sebenar kuih seri muka yang saya cari cari selama ini. Cukup rasa lemak pulutnya, cukup lemak dan manis lapisan atas hijaunya. Untuk lapisan pulut di bawah tu saya gunakan air bunga telang untuk memberikan hasil yang lebih menarik. Kebiasaannya orang cina peranakan baba nyonya akan gunakan bunga telang ni dalam pelbagai juadah manisan mereka. Diharap resepi ni memberi manfaat pada anda semua. Selamat mencuba dan terima kasih kerana menonton. Jangan lupa like, comment, share dan subscribe.

Bahan bahan

Lapisan bawah
-380 gram pulut di rendam 4 jam
-140 ml santan pekat
-140 ml air
-1 sdk garam
-2 helai daun pandan
-50 helai bunga telang kering
-Sedikit air untuk direndam

Lapisan atas
-4 biji telur saiz sederhana
-150 gram gula
-270 ml jus pandan (kisar 10 helai daun pandan bersama 270 ml air)
-200 ml santan pekat
-35 gram tepung jagung
-50 gram tepung gandum
-Sedikit garam
-Sedikit pewarna hijau (optional)

Tips
Pastikan tutup loyang semasa mengukus lapisan atas untuk elakkan air wap jatuh keatas kuih dan ianya akan jadikan permukaan kuih licin dan cantik.

Видео Kuih Seri Muka Pasti Permukaan Licin | Kueh Salat | Gerenti Habis Cepat #nyonyakuih канала Nazrul Hafiz
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
21 октября 2020 г. 8:26:36
00:11:07
Яндекс.Метрика