Загрузка страницы

Biskut Red Velvet Rangup yang Merah Menawan

Hi Semua, sibuk buat biskut raya ke tu? Che Nom pun nk ambil peluang kongsikan satu lagi resepi biskut yang selalu buat kat rumah iaitu biskut red velvet. Ciri-ciri utama biskut ni ialah warnanya yang merah gelap, dan kebiasaanya kita hias dengan bahan bewarna putih seperti white coklat chip supaya warna lebih ceria dan menyerlah.

NOTA:
1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Che Nom buat bulat kecil diameter anggaran 2cm
2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. API ATAS BAWAH.
3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)
4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain. Kalau cuba ganti dengan lemon juice boleh cuba tapi Che Nom tak pernah cuba, try at your own risk.

OVEN: Firenzzi 60L

//Bahasa Melayu
---------------------------
Bahan-bahan untuk biskut red velvet:
½ cawan /117g mentega
¾ cawan /150g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil cuka makan
1½ sudu kecil esen vanila
1½-2 sudu kecil pewarna merah
½ cawan /50g hirisan badam
½ cawan /90g coklat cip

Bahan-bahan untuk ayak:
1¼ cawan /160g tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik (abaikan sukatan di video)
¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat

//English
-------------------------------------
Ingredients for red velvet biscuits:
½ cup / 117g butter (salted)
¾ cup / 150g castor sugar
1 egg yolk
1 teaspoon white vinegar
1½ teaspoons vanilla essence
1½-2 teaspoon red food coloring
½ cup / 50g almond slices
½ cup / 90g chocolate chips

Sift Ingredients:
1¼ cup / 160g plain flour
1 tablespoon cornflour
2 tablespoons rice flour
2 tablespoons cocoa powder
1 teaspoon baking powder (ignore measurement in video)
¾ teaspoon baking soda

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#biskutraya #redvelvet #resepichenom

Видео Biskut Red Velvet Rangup yang Merah Menawan канала Che Nom
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 мая 2020 г. 10:09:19
00:06:37
Яндекс.Метрика