Загрузка страницы

Bukit Melawati Kuala Selangor Pemandangan Pada Waktu Senja || 4K Vedio

Bukit Melawati Kuala Selangor adalah merupakan pusat pentadbiran dan juga kubu kuat Kesultanan Melayu Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Kedudukannya cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia.

Mengikut sejarah pada tahun 1782-1826 Sultan Ibrahim telah mendirikan sebuah kota di Bukit Melawati bagi mempertahankan Kuala Selangor dari serangan Belanda. Bagaimanapun kota tersebut telah jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan “Kota Altingsburg” bersempena nama Gabenor Belanda di sana.

Namun Sultan Ibrahim telah berjaya menawan kembali kota tersebut pada 28 Januari 1785 dengan bantuan daripada adindanya Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan bendahara Abd. Majid Pahang serta pahlawan-pahlawan dari Pahang.

Serangan itu telah dilakukan selepas waktu Isya’ sehinggalah sebelum fajar menyinsing pada keesokannya. Mereka telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Ini adalah kejayaan pertama seorang Sultan dari Tanah Melayu berjaya mengalahkan satu kuasa besar Asing di Tanah Melayu.

Kota Malawati ini juga telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977.

Видео Bukit Melawati Kuala Selangor Pemandangan Pada Waktu Senja || 4K Vedio канала Firdaos Mustafa
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
21 июля 2018 г. 19:04:20
00:06:26
Яндекс.Метрика