Загрузка страницы

Tasik Kenyir Houseboat Trip 2020

Pengalaman percutian yang luar biasa!
Apa tak nya, mana ada cuti-cuti kita boleh bermain dengan ikan kelah. Pada kami, "highlight" trip Kenyir ini adalah lawatan ke Santuari Ikan Kelah di Sungai Petang. Ikan kelah adalah "endangered species" kerana haiwan ini semakin pupus sekarang. Santuari ini dibina untuk melindungi dan membiakkan ikan kelah. Disini ikan-ikan kelah ini sudah dilatih bermanja dengan pengunjung-pengunjung manusia apabila diberi makan. Makanan yang diberi adalah pellet yang diperbuat daripada buah-bahan yang menjadi kegemaran ikan kelah.
Yang kedua best nya adalah dapat mengunjungi 2 tempat air terjun iaitu Air Terjun Lasir & Air Terjun Saok. Air Terjun Lasir bertingkat-tingkat dan sewaktu kami disitu ada ramai pengunjung berbanding Air Terjun Saok. Air Terjun Saok ada privacy sikit. Walaubagaimanapun, kedua-dua air terjun ini, air nya sangat jernih "crystal clear". Memang tak puas mandi disini.
Kami tinggal di houseboat ini selama 3 hari 2 malam. Memang pengalaman yang lain dari biasa. Makanan di masak oleh chef di boat itu sendiri. Menu adalah masakan kampung seperti patin tempoyak, ikan goreng berlada, ulam2 cicah budu dll. Malam pertama kami dihidangkan dengan BBQ ayam & kambing. Masakan chef memang sodapp!
Tempat-tempat lain yang kami kunjungi adalah Taman Orkid, Taman Herba & Pulau Rama-rama.
3 hari 2 malam di CF Houseboat kami rasakan tidak puas. Pasti kena REPEAT nih!
Terima kasih kepada crew CF Houseboat kerana memberi layanan & customer service yang terbaik! Jumpa lagi!
.
.
#tasikkenyir
#houseboatkenyir
#cfhouseboat
#santuarikelahsungaipetang
#airterjunlasir
#airterjunsaok

Credit to -
Musician : @iksonmusic
Music :
1. Voyage
2. Harmony
3. Outside
4. Paradise

Видео Tasik Kenyir Houseboat Trip 2020 канала Shahril Muda
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
13 октября 2020 г. 19:14:46
00:12:01
Яндекс.Метрика