Загрузка страницы

Kisah Hidup Teuku Nyak Putih | Bapa P. Ramlee

#TeukuNyakPutih#TeukuZakaria #Pramlee

Kenali Bapa seniman agung perfileman melayu Teuku Nyak Putih bin Teuku karim
P Ramlee merupakan sebuah nama besar bagi indurstri perfileman masyrakat melayu pada masa lalu. Karya karya yang dihasilkan mampu menghiburkan sesiapa sahaja yang menontonya, namun kita jarang sekali didedahkan mengenai latar belakang keluarganya terutama siapa ayah, ibu dan adik beradiknya.
Ayah Seniman Agung P Ramlee bernama Teuku Nyak putih berasal dari salah sebuah mukim Cunda, ia terletak di persimpangan landasan kereta api Lho’ Seumawe. Pekan Lho’ Seumawe merupakan sebuah tempat yang sibuk dengan pedagang pedagang yang bertukar tukar barang dagangan. Teuku Nyak Putih berasal dari keturunan kaum Oleebalang, dimana mengalirnya darah bangsawan dalam diri. Bapanya Teuku Karim merupakan seorang hartawan feudal yang berpengaruh di daerahnya. Teuku Karim mempunyai lebih dari seorang isteri dan disebabkan itu, Teuku Nyak Putih tidak berapa serasi dengan ibu tirinya. Beliau ingin keluar merantau melihat dunia luar dan membawa diri jauh daripada kaum keluarga. Walaupun beliau sedar tindakannya itu akan member kesan yang besar dalam hidupnya iaitu terputus hubungan dengan kaum keluarga dan tidak dapat mewarisi harta kekayaan ayahnya pabila ia meninggal kelak.
Namun desakan hatinya yang kuat membuatkan dia terus berkeinginan untuk merantau melihat negeri orang dan meninggalkan kampong halaman. Pada zaman dahulu, perjalanan untuk merentas Negara tidaklah sukar seperti sekarang yang memerlukan passport dan Visa, permohonan untuk keluar dari Negara hanya perlu meminta izin ketua kampong dan meminta sekeping surat keterangan dan bayaran beberapa perak sahaja. Di dalam keterangan surat itu akan menyatakan bahawa dia telah melunaskan wang dan cukai negara dan kemudian perlu berjumpa dengan Kontroleur Belanda atau pegawai daerah bagi mendapatkan sebuah buku hitam yang menyerupai passport.
Setelah nekad membuat keputusan, akhirnya, Teuku Nyak putih pun berangkatlah ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal yang berlayar membelah lautan. Tempat pertama dia menginap setelah sampai di pulau pinang adalah di rumah tumpangan Buckingham Street iaitu rumah kepada ejen yang membawanya ke pulau pinang. Beliau mula bekerja sebagai kelasi kapal yang berlayar ke benua eropah. Setelah sekian lama bekerja, dia merasakan ingin duduk menetap di pulau pinang, berkerja di darat dan mencari teman hidup yang akan menyambung bakal zuriatnya kelak. Beliau akhirnya berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Cik Mah. Hasil perkahwinan itu, maka lahirlhah penyambung zuriatnya iaitu pada 21 Mac 1928 di pagi syawal. Mereka memberikan nama kepada anak itu Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih, walaubagaimanapun nama Teuku Zakaria itu tidak serasi dengan budak yang baru lahir itu, lalu diganti dengan nama Ramlee Bin Putih. Ramlee merupakan anak tunggal bagi keluarga ini dan dia disayangi bagai menatang minyak yang penuh. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, Nama ini akhirnya setelah 25 tahun kemudian telah menjadi buah mulut ribuan manusia di seluruh tanah air,nama yang menjadi sebutan legenda dunia hiburan perfileman melayu. Beliau adalah Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Rujukan-Kisah hidup seniman agung P. Ramlee (Abdullah Hussain)
Lagu-Hassny Hussin
------------------------------------------------------------------------
Disclaimer - I am not copyrighting from this film - I am merely showing this video for the benefit of Youtube FOR EDUCATION PURPOSE and FAIR USE LAW and HOPEFULLY the owner give me a CONSIDERATION to using it. I do not own the rights to this video contact me by email alibabibu3@gmail.com if want me to remove.
Source Clip on this Video, Channel, Production Company and Title
Give fully Credit for this:-

1. Malay Film Production
- Ali Baba Bujang Lapok
2. Pramlee Pengarah
- YT Barthelemew Diaz
3. Malay Film Production
- Madu 3
4. Merdeka Film Production / Shaw Brothers
- Anak Bapak
5. Malay Film Production
- Merana
6. Malay Film Production
- Anakku Sazali
7. Malay Film Production
- Ibu Mertuaku
Copyright Disclaimer under section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for “fair use” for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, education and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing.
What is Fair Use Copyright on YouTube?
1.https://bit.ly/2Yxkjt6
2.https://bit.ly/3fmpnqS
3.https://bit.ly/2UZLOur
4.https://bit.ly/2Y3UBgO
------------------------------------------------------------------------

Видео Kisah Hidup Teuku Nyak Putih | Bapa P. Ramlee канала Bangau Tube
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
2 июля 2020 г. 13:09:04
00:05:09
Яндекс.Метрика