Загрузка страницы

8 Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah untuk Melancong dan Honey Moon

Top 8 Tempat Menarik Di Kundasang, sabah, Malaysia.

Kundasang ni hanya 6km dari Taman Negara Kinabalu di mana terletaknya Gunung Kinabalu, di daerah Ranau, Sabah.  Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi, kira-kira 1.9km tinggi dari paras laut. Iklim di sini sejuk dan dengan pemandangan serba hijau di sekeliling kawasan pegunungan, memang akan membuatkan anda berasa seperti di luar negara.

Senarai tempat dalam video ini :

Desa Cattle Dairy Farm

Desa Dairy Cattle Farm, sebuah ladang ternakan tenusu terletak 100 km dari bandar Kota Kinabalu. Suhu di sini serendah 20 darjah Celcius. Di sini dapat melihat lembu-lembu susu baka Holstein Friesian meragut rumput di padang rumput. Anda boleh melawat kilang memproses susu dalam 0.5km dari ladang. Proses memerah susu dilakukan setiap hari dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Kampong Arnab Kundasang

Kampung Arnab Kundasang ini terletak di antara Kundasang dan Ranau. Antara baka arnab yang ada di sini adalah baka dari spesis Satin, Rex, Netherland Dwarf, Holland Loop, New Zealand, Lionhead dan Anggora. Mulai tahun 2019, Kampung Arnab membuka Hamster World. Kedua Kampung Arnab dan Hamster World kini digabungkan di bawah satu jenama Peterapi.

Mesilou Highland Strawberry Farm

Mesilou Highland Stawberry Farm ini terletak di Kampung Mesilou, Kundasang. Strawberi di sini terdiri daripada variasi seolhyan dari Korea,sweet charlie dari Jepun dan jive dari Holland. 
Di sini, anda boleh memetik buah strawberi dan makan strawberi segar bersama chocolate fountain yang disediakan.

Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah terletak di kaki Gunung Kinabalu. Ladang ini adalah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan bebas dari racun kimia. Lawatan di sini akan dipenuhi dengan aktiviti melihat bagaimana daun teh dipetik dan kemudiannya bagaimana daun-daun teh akan diproses.

Taman Negara Kinabalu, Kundasang

Taman Kinabalu merupakan pembuka kepada Gunung Kinabalu. Boleh menikmati pemandangan hijau terutamanya flora-flora semulajadi Borneo seperti orkid-orkid liar. Suhu di sini sejuk dalam 16 hingga 25 darjah Celcius.

Sosodikan Hill

Dengan pendakian selama 20 minit, anda akan tiba di puncak bukit ini. Di sini boleh nikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu dan kawasan di sekitar bukit ini. Mulakan pendakian sebelum 8 pagi untuk dapatkan pemandangan yang tidak ditutup kabus dan turun sebelum 3 petang.

Kundasang War Memorial

Tempat ini merupakan tempat bersejarah dimana bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu. Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan hampir dengan Pekan Kundasang. Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.

 Pasar Kraftangan Pekan Nabalu

Jika anda ingin mencari cenderahati yang sesuai dari Sabah, anda bolehlah ke Pasar Kraftangan Pekan Nabalu. Antara cenderamata yang terdapat di sini adalah fridge magnet, keychain, t-shirt dan banyak lagi. Bagi anda yang nak berjimat, inilah lokasi membeli-belah cenderamata khas untuk anda kerana harga-harga yang ditawarkan di sini adalah lebih murah.

Watch more and subscribe:
https://www.youtube.com/channel/UC45DblpfQDI1_eNEIZvYqNw

Copyright material contact us:
Amirulanugerah@gmail.com

Video Sources And Credit :

Desa Cattle Dairy Farm
https://youtu.be/071tL184fAQ
https://youtu.be/BlzFErcS0bI
https://youtu.be/Oyl89CS5nds

Kampong Arnab Kundasang
https://youtu.be/U2Zae2Mrois
https://youtu.be/fuZTvn9_r38
https://youtu.be/SnJ5aDdoILE

Mesilou Highland Strawberry Farm
https://youtu.be/liyr_2m85dE
https://youtu.be/RWKt_u2N2ds
https://youtu.be/qfH2wW345yY

Ladang Teh Sabah
https://youtu.be/aXFZErddUN8
https://youtu.be/g-S73C-brG8
https://youtu.be/lTXgRj2ehrY

Taman Negara Kinabalu, Kundasang
https://youtu.be/IoyDfL409Sw
https://youtu.be/JpXWHHdp63o
https://youtu.be/wh32YBwTuCA

Sosodikan Hill
https://youtu.be/4iZqSlZxE4A
https://youtu.be/AB8P2ATuSiI
https://youtu.be/k2Mv-3Do3go

Kundasang War Memorial
https://youtu.be/n371w_0Jigc
https://youtu.be/2NJykEGywjE

 Pasar Kraftangan Pekan Nabalu
https://youtu.be/etsBKPYD-RE
https://youtu.be/jynE6-Rc_Xk
https://youtu.be/kRJNw46Ih8U
https://youtu.be/_Ggj4mYYoA4
https://youtu.be/-tUtTnmvehY

Music Credit :

Song: Fredji - Flying High (Vlog No Copyright Music)
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=ueOi5slIU2E

Song: Fredji - Happy Life (Vlog No Copyright Music)
Music provided by Vlog No Copyright Music.
Video Link: https://www.youtube.com/watch?v=KzQiRABVARk
Dalam video ini menunjukkan ranau, kundasang, sabah, tempat menarik di sabah, visit sabah, best place sabah, food sabah, makanan sabah, melancung di kundasang, honeymoon kundasang dan kenarik di kundasang.

Thank you for your support and appreciation. Please check my other videos on this channel, share & subscribe:
https://www.youtube.com/channel/UC45DblpfQDI1_eNEIZvYqNw

Видео 8 Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah untuk Melancong dan Honey Moon канала Zone Ceria
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
24 ноября 2019 г. 5:51:17
00:10:44
Яндекс.Метрика