Загрузка страницы

Tukar Nama Pemilik Meninggal

"Proses tukar nama bagi pemilik meninggal dunia"

Banyak kes dah jual kenderaan pada org lain, tapi masih tidak tukar nama, tengok-tengok pemilik dah meninggal dunia.Memang susah kalau kes macam ni.

Yang utama sekali pastikan kenderaan telah habis dibayar serta bebas dari sebarang senaraihitam. Selagi masih ada hutang, selagi itu tidak boleh tukar nama (hak milik)

Proses pertama, waris perlu buat surat pecah kuasa terlebih dahulu sebelum pergi ke mana-mana pejabat JPJ yang berhampiran.Walaupun sebuah motosikal sekali pun si mati ada, wajib buat pecah kuasa.Di sini ada 3 cara nak buat:-

1-Amanah Raya
2-Pejabat Tanah (kalau arwah memiliki tanah)
3-Mahkamah Tinggi

Dah dapat surat pecah kuasa, untuk motokar perlu menjalani pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM terlebih dahulu.Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.Hanya motosikal sahaja dikecualikan untuk pemeriksaan PUSPAKOM.Lepas siap pemeriksaan di PUSPAKOM baru pergi ke pejabat JPJ berhampiran.Pastikan nama (pewaris) yang dapat harta itu, kena datang ke pejabat JPJ.Sudah siap tukar nama, nak tukar kepada orang lain (pihak ketiga) baru boleh buat.Melainkan buat pecah kuasa di mahkamah tinggi, boleh buat terus kepada pihak ketiga dengan syarat buat surat sumpah..

Dokumen yang perlu diisi dekat JPJ ialah borang JPJK3A yang boleh dimuat turun pada laman sesawang ini..

www.jpj.gov.my/web/main-site/pelesenan-kenderaan

Dokumen yang perlu dibawa ke JPJ :-
-borang JPJK3A
-geran asal
-surat pecah kuasa 'original' (kalau yang fotostat kena disahkan terlebih dahulu)

Di bawah disertakan contoh-contoh dokumen pecah kuasa..

Untuk fi (bayaran) seperti biasa..
PUSPAKOM-RM 30
Tukar nama motokar-RM 100
Tukar nama motosikal-RM 3

Untuk sebarang pertanyaan,boleh tinggalkan mesej di ruangan komen..

#tukarnama
#jpjtelukintan
#amanahraya
#pejabattanah
#mahkamahtinggi

Видео Tukar Nama Pemilik Meninggal канала Akhi Akmal
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 апреля 2021 г. 13:39:50
00:06:56
Яндекс.Метрика