Загрузка страницы

Bujang Senang Malik Diri Nyadi Mensia Bak...

SIAPA pernah dengar akan cerita ini? Mungkin dalam versi yang berbeza. Mungkin. Saya ceritakan semula.

TAHUN 90an.
SEBUAH teksi bergerak dengan tenang di laluan menuju ke Batang Lupar, Sarawak. Pemandu teksi tersebut begitu ramah dalam bercerita. Apa yang menjadi topik penceritaannya adalah tentang buaya. Penumpangnya seorang lelaki tempatan berkulit cerah dan dia lebih selesa duduk di bahagian sebelah pemandu.

Rancak sekali pemandu teksi itu bercerita tentang buaya yang pernah mengganas di Batang Lupar. Dan buaya yang paling popular sudah pasti buaya Bujang Senang!

Si lelaki itu mendengar dengan penuh perhatian. Dia hanya menyampuk sekali dua sahaja. Terutama tentang kisah Bujang Senang.

"Jadi betullah Bujang Senang sudah mati?" Soal penumpang teksi itu.

"Iya, sudah dibunuh. Menurut cerita kulit Bujang Senang tebal. Tak lut dek peluru senapang biasa." Pemandu teksi itu bercerita lagi.

"Habis itu, camana boleh mati kalau tak lut?" Soal penumpang itu.

"Saya dengar cerita, orang orang yang menembak Bujang Senang menggunakan peluru paku. Paku yang sepanjang hampir sejengkal. Itu yang saya dengar."

Terangguk angguk penumpang itu. Pemandu teksi itu bercerita lagi tentang kejayaan menundukkan buaya lagenda di bumi Kenyalang itu. Dan reaksi penumpang itu masih seperti tadi. Mendengar dengan penuh perhatian. Sehinggalah dia bertanya satu soalan kepada pemandi teksi yang ramah itu.

"Apa buktinya buaya itu Bujang Senang? Mungkin yang mati itu buaya lain. Bujang Senang mana mungkin mudah ditangkap dan dibunuh?"

Pemandu teksi itu memandang penumpangnya dengan rasa tidak selesa. Sepertinya penumpang itu tidak percaya akan cerita yang digambarkan olehnya sebentar tadi.

"Eh kamu tak baca surat khabar? Tak tengok berita tv?" Soal pemandu teksi itu kembali.

Penumpang itu tersengih sengih sahaja sebelum menggelengkan kepalanya.

"Itulah tak ikut perkembangan semasa. Surat khabar kena baca. Berita kena tengok. Bujang Senang memang dah mati. Buktinya buaya yang dibunuh itu bersaiz besar. Hampir sama panjang dengan bas mini tubuhnya. Dan di atas belakang buaya itu ada tanda yang itu memang Bujang Senang."

"Tanda apa?" Soal penumpang itu lagi.

"Buaya Bujang Senang lain dari buaya lain. Belakang Bujang Senang ada tanda berwarna putih. Di bahagian belakang kepalanya hingga lehernya." Jelas pemandu itu lagi.

"Jadi semua sudah yakin Bujang Senang sudah mati?"

"Kenapa bertanya? Tak percaya lagi?"

Pertanyaan penumpang teksi itu benar benar membuatkan pemandu teksi tersebut agak tidak senang. Melihatkan pemandu teksi itu sudah bersikap dingin. Penumpang itu mengarahkan kereta yang tidak berhawa dingin itu berhenti di tubir jalan berhampiran dengan sungai Batang Lupar. Pemandu itu berasa hairan kerana destinasi yang dipinta pelanggannya itu masih belum tiba.

"Kenapa berhenti kat sini? Tempat kamu nak pergi jauh lagi?" Soal pemandu teksi itu kehairanan.

Penumpang itu keluar dari teksi itu dah berdiri di tingkap kereta yang sememangnya sudah terbuka sejal awal. Penumpang itu menunduk sambil mengampu tangannya di dinding pintu kereta itu. Pemandu teksi itu melihat sahaja ulah pelanggannya itu. Di kala lelaki itu menunduk, terlihat dia memakai seutas rantai bertali hitam dan loketnya berbentuk tiga segi seperti gigi binatang.

"Bujang Senang belum mati. Yang dibunuh bukan Bujang Senang. Itu isteri Bujang Senang." Jelasnya.

"Isteri? Mengarut!" Tingkah pemandu teksi itu.

"Bujang Senang belum mati." Sekali lagi lelaki itu cuba menegakkan kebenaran pada pandangannya.

"Kamu memang keras kepala!" Marah pemandu teksi itu. Tetapi disambut ketawa kecil dari pemuda tadi.

"Semuanya RM11." Sambung pemandu teksi itu lagi dengan wajah yang mencuka.

Lelaki itu tersenyum. Dia masih belum mahu membayar tambang perjalanannya. Dia memandang pemandu teksi itu dengan pandangan yang tenang sebelum dia berbicara lagi.

"Kalau kamu nak tau Bujang Senang belum mati, yang dibunuh adalah isterinya. Dan akulah Bujang Senang!"

Tekan lelaki itu sebelum berlari menuju ke arah sungai dan tanpa sebarang rasa was was. Dia terus terjun ke dalam sungai yang memang dihuni dengan buaya itu. Pemandu teksi itu terkejut dengan aksi gila penumpangnya itu. Dan dia lebih terkejut tatkala terlihat satu libasan dari ekor buaya yang teramat besar dari tempat pemuda itu terjun sebentar tadi. Disaksikan dengan mata dan kepalanya betapa besar sekali kelibat buaya yang muncul sejenak di permukaan sungai sebelum hilang dari pandangan.

Sekian terima kasih.

Видео Bujang Senang Malik Diri Nyadi Mensia Bak... канала PANGGAU LIBAU TV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
11 марта 2020 г. 20:00:10
00:06:44
Яндекс.Метрика