Загрузка...

HOTEL OLYMPIC Malaysia | Junior Suite | Full Review👍🏻😎

Hotel Olympic Malaysia, Kuala Lumpur

(Address: Wisma Ocm, Jalan Hang Jebat, City Centre, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
https://www.hotelolympicmalaysia.com/

Jenis bilik: Junior Suite
Date check in: 01/01/2022 (1 malam) (tanpa breakfast)
Harga dapat murah masa tu RM129 (boleh guna kad)
Deposit: RM100 (cash)
Medium: Booking.com
Harga weekdays lebih kurang RM300 keatas
Harga Weekend/PH- RM400 semalam
(*Harga boleh berubah2 antara weekdays & weekend dan ikut musim)

Hotel ni berdekatan dengan Menara PNB118 dan bersebelahan dengan MRT Merdeka. Aku book lebih kurang sebulan sebelum sb masa tu ada promo separuh harga so terus grab tak pikir banyak dah sebab suka ada bunk bed untuk untuk anak-anak. Malam boleh bawa anak-anak atau kome boleh bersiar-siar sekitar KL dengan mencuba pengangkutan awam tersebut. Memang best!

LOBI
👨 Staf ok, Peramah, tanya ape pon diorg bleh jawab xde hal, saiz lobi tak besar sangat tapi cantik.
🏙 Masa tu kaunter buka 2, agak berbaris sikit la sebab ramai tapi ada kerusi dan café sebelah tu so boleh la duduk sementara tunggu check in.
Di lobi ada Mart ada jual aiskrim, maggi, keropok.
Tempat pun cantik so sambil-sambil tunggu boleh OOTD.
Ada buaian, ada sangkar besar, ada pondok telefon semua blh bergambar.

LIF
Bilik sampai tingkat 7, kemudahan lif ada dua dan sangat baik, tiada masalah menunggu lama, lif dekat je dengan reception kaunter.

BILIK
Masa mula-mula nk buka pintu tu kad tak detect so turun balik and bgtau staff and technician dia datang tengokkan dan memang tak boleh so dia bagi masuk dulu then betulkan kad tu then hantar balik ke bilik. So setakat ni staff dia memuaskan hati.
Ruang bilik agak luas la tak la kecik sangat. Bilik pun nampak baru.
Masuk-masuk je terus anak-anak suka dengan katil diorang (lega tak payah kongsi katil dengan diorang hihi)
Ada katil queen dan bunk bed macam rumah. Ada tilam kecik dan selimut sekali bantal dalam rumah kanak-kanak tu.
Ada bagi coffee instant 2 sachet, ada kettle.
TIADA peti ais harap maklum
TV ok besar saluran macam-macam ada

TANDAS
🚽 Tandas ok elok tiada masalah, ada bidet spray.
Ada shower and shampoo yang siap lekat kat dinding.
Toiletries ada berus gigi 2
Heater pun semua ok.

BlueBird Café
Memang café ni cantik dan sesuai untuk OOTD.
Sempat cuba Chicken Chop dan Ice Latte, harga standard, rasa makanan ok tapi boleh diperbaiki lagi (sb haritu kuah chicken chop sedikit manis).
Buka untuk breakfast dan lunch, tutup jam 5pm, after lunch blh order ala-carte atau coffee.
Harga Buffet Breakfast
RM14.90 untuk dewasa dan RM8.90 untuk kanak-kanak 6-12 tahun.
Buffet breakfast dia tak ada byk pilihan sgt tapi berbaloi dgn harga. Rasa pon ok boleh tahan😊

Fasiliti;
Tiada kolam renang.
Sebelah MRT Hang Jebat memang senang nak kesana sini naik MRT.

PARKING
🚙 Parking dalam bangunan ada luar depan bangunan pun ada.
Ruang parking luas.
Harga RM6 untuk 24 jam, validate di kaunter.

Kena check website /FB diorg utk info terkini.
Semoga bermanfaat kome👍🏻😉

Tools yg aku gune :
1) Iphone 11

2) Gimbal Zhiyun Smooth XS -
https://shopee.com.my/product/40075386/6551178872?smtt=0.61033259-1643298521.9

3) Ulanzi VL-49 (Lighting) -
https://shopee.com.my/product/2735188/3660180850?smtt=0.61033259-1643298717.9

4) Ulanzi PT-13 (Mount lighting dekat gimbal)
https://shopee.com.my/product/147622834/9708994133?smtt=0.61033259-1643298846.9

5) Comica Boom XD MI (Wireless Mic for iphone)
https://shopee.com.my/product/2735188/3353998238?smtt=0.61033259-1643299022.9

Видео HOTEL OLYMPIC Malaysia | Junior Suite | Full Review👍🏻😎 канала Naim Huzairi
Страницу в закладки Мои закладки
Все заметки Новая заметка Страницу в заметки