Загрузка страницы

Puisi : Coretan Hati Aidilfitri

Klip Sempena sambutan Hari Guru & Hari Raya Aidilfitri 2019

CORETAN HATI AIDILFITRI
(Sempena Sambutan Hari Guru & Hari Raya)

Tangisan pertama sudah didengar
Sayup berbunyi di kamar
Hati membisik syukur
Wajah mengukir senyum
Saat mula belajar tentang dunia baru
Bersama ibubapa dan guru

Bermula dari awal
Sebelum kami mula pandai
Semua benda kami tak kenal
Mengangkat pena pun terkial
Apatah lagi membaca… susah walau sehelai

Adakala kami juga nakal
Susah untuk dikawal
Tingkah laku kami buatmu kesal
Fikirkan kami yang tidak menyesal

Namun,
Dalam kurangnya kami
Kau terus dan terus membantu kami
Mendidik kami
Menampung kurangnya kami
Terus dan terus lagi
Tanpa henti

Kadangkala kami keliru
Apa itu penat bagi mu
Apa itu Lelah bagi mu
Untuk kami kau ajarkan segalanya
Membawa kami kenal sang pencipta
Dan kasih dari nabi yang tercinta
Agar kami sedar diri sebagai hamba
Kelak tidak lalai dibawa arus dunia

Hingga hari ini
Kau membimbing hidup agar nanti bererti
Menjalani hari-hari dari hari ke hari
Hingga akhir hari
Dengan tujuan meraih redha ilahi

Wahai guru
Moga Allah membalas jasamu
Moga Allah mengukuhkan langkahmu
Moga Allah selalu bersamamu
Moga disaat suatu hari nanti
Kita dapat berhimpun kembali di firdausi
Bersama sang kekasih Rabbul Izzati

Pada hari ini,
Buat guru yang kami kasihi
Maafkan kami atas silap dan salah kami
Maafkan kami atas kurangnya adab kami
Sebab…..hari ni kan Hari Raya!!!!
Jadi maafkan kami…
Kredit :
JazakallahKhoiron Jaza pada Asatizah & Anak-Anak SRI Al-Husna Bandar Botanic dlm menyiapkan Video ini.

Puisi :
Cikgu Megat

Suara :
Puteri, Auni, Farisya, Umairah, Iesyat, Iefat, Harris, Qaleesya, Farah, Umar, Syazani dll

Talent :
Semua warga SRI Al-Husna Bandar Botanic

Editor :
Al-Editor Project

Видео Puisi : Coretan Hati Aidilfitri канала AL-EDITOR PROJECT
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
13 июня 2019 г. 16:21:16
00:04:45
Яндекс.Метрика