- Популярные видео
- Авто
- Видео-блоги
- ДТП, аварии
- Для маленьких
- Еда, напитки
- Животные
- Закон и право
- Знаменитости
- Игры
- Искусство
- Комедии
- Красота, мода
- Кулинария, рецепты
- Люди
- Мото
- Музыка
- Мультфильмы
- Наука, технологии
- Новости
- Образование
- Политика
- Праздники
- Приколы
- Природа
- Происшествия
- Путешествия
- Развлечения
- Ржач
- Семья
- Сериалы
- Спорт
- Стиль жизни
- ТВ передачи
- Танцы
- Технологии
- Товары
- Ужасы
- Фильмы
- Шоу-бизнес
- Юмор
LTAT Komited Perkasa Masa Depan Anak Warga ATM | PROWIRA RTW Graduan
Komitmen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam menjayakan Program PROWIRA – Ready to Work (RTW) Graduan membuktikan kesungguhan sebuah syarikat Government-Linked Investment Company (GLIC) yang sinonim dengan pengurusan dana persaraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkasa masa depan generasi muda warga pertahanan.
Sebagai institusi yang memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga mereka, penglibatan LTAT dalam program ini bukan sahaja membuka peluang latihan industri dan penempatan pekerjaan kepada graduan, malah memberi pendedahan sebenar kepada budaya kerja profesional, pembangunan kompetensi serta pengalaman industri yang bernilai tinggi.
Pemilihan LTAT sebagai antara rakan strategik utama Program PROWIRA juga dilihat selari dengan aspirasi untuk melahirkan graduan anak warga ATM yang lebih kompeten, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini. Melalui ekosistem korporat dan rangkaian industri yang dimiliki LTAT, para peserta berpeluang membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran insaniah dan memperkukuh kebolehpasaran mereka sebelum melangkah ke alam kerjaya sebenar.
Program ini diharapkan mampu menjadi titik permulaan kepada penempatan kerjaya yang lebih mampan dan berkualiti buat para graduan, khususnya dalam sektor strategik dan industri berimpak tinggi. Selain memperoleh pengalaman bekerja secara profesional, peserta juga berpeluang membina rangkaian kerjaya, meningkatkan potensi pendapatan serta membuka laluan kepada pembangunan kerjaya jangka panjang.
Yayasan LTAT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Encik Mohammad Ashraf Md Radzi, Ketua Eksekutif LTAT, atas keyakinan, sokongan dan komitmen berterusan dalam menjayakan aspirasi Program PROWIRA sebagai platform pembangunan bakat muda warga pertahanan negara.
#YayasanLTAT
#MinDefUpdate
#MinDefMalaysia
#JagaWiraKita
#PROWIRA
#ReadyToWork
#LTAT
Видео LTAT Komited Perkasa Masa Depan Anak Warga ATM | PROWIRA RTW Graduan канала Yayasan LTAT

Комментарии отсутствуют
Информация о видео
24 мая 2026 г. 11:31:38
00:01:01
Другие видео канала