TERLEPAS TALI GANTUNG ❗TIGA SAHABAT BEBAS TUDUHAN BUNUH 😱
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini melepas dan membebaskan tiga sahabat atas kesalahan membunuh seorang lelaki tujuh tahun lalu yang mayatnya belum dijumpai sehingga kini.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir ketiga-tiga perayu iaitu Mohd Zulhiami Md Darus, 37, Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 32, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 29 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.
Tengku Maimun ketika membacakan keputusan penghakiman berkata, perayu telah menimbulkan beberapa isu dan pihaknya mendapati isu utama adalah sama ada perayu dinafikan hak akan satu perbicaraan yang adil.
“Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti alasan kehakiman serta rekod rayuan, kami berpuas hati keseluruhan perbicaraan berlangsung dalam cara yang tidak menepati undang-undang.
“Hal ini memprejudiskan perayu-perayu mengakibatkan sabitan tidak selamat. Dengan itu kami membenarkan rayuan dan ketiga-tiga perayu dilepas dan dibebaskan,” katanya.
Sejurus keputusan penghakiman dibacakan, suasana di Bilik Bicara 2 yang mendengar rayuan akhir tersebut bertukar hiba apabila ketiga-tiga perayu menangis, malah ahli keluarga yang turut mendengar prosiding menitis air mata kesyukuran.
Mohd Zulhiami dan Muhammad Rahmat juga saling berpelukan kegembiraan.
Mengikut pertuduhan asal, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat membunuh Mohammad Fairul Haqiemie, 21, (ketika kejadian) antara jam 12.30 tengah malam dan 1 pagi pada 29 Ogos 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang, Selangor.
Muhammad Rahmat turut didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqiemie pada jam 4 pagi, di lokasi dan hari sama.
Bagaimanapun selepas pertuduhan dipinda, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat untuk membunuh Mohammad Fairul Haqimmie, tempat sama jam 4 pagi pada 30 Ogos 2016.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Muhammad Rahmat pula didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqimmie pada waktu, lokasi dan hari sama, yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, peguam Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Siti Nor Asiah, peguam Kitson Foong mewakili Mohd Zulhiami dan peguam Fahri Azzat mewakili Muhammad Rahmat, manakala Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Parvin Hameedah Mohd Khaja dan Aida Khairuleen Azli mewakili pihak responden.
Terdahulu, pasukan pembelaan menghujahkan hakim bicara meminda butiran pertuduhan tanpa memaklumkan kepada peguam bela mahupun ketiga-tiga tertuduh menyebabkan tiga sahabat itu membela diri terhadap pertuduhan asal.
Kitson berhujah, pindaan berkenaan hanya disedari oleh pihak pembelaan selepas meneliti rekod rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.
“Hakim bicara sepatutnya memaklumkan bahawa butiran pertuduhan telah diubah dan anak guam membela diri terhadap pertuduhan pindaan, namun perkara tersebut tidak dilakukan.
“Kegagalan hakim bicara memaklumkan pindaan tersebut menafikan hak anak guam kami mendapat perbicaraan yang adil atau mengemukakan pembelaan alibi ketika membela diri,” hujah Kitson.
Pada 24 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap ketiga-tiga perayu (yang ketika itu sebagai tertuduh) selepas didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.
Kemudian pada 14 April 2022, Mahkamah Rayuan di sini turut mengekalkan hukuman mati itu selepas panel-panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat suara menolak rayuan ketiga-tiga perayu.
Panel-panel berpendapat sabitan Hakim Mahkamah Tinggi adalah selamat berdasarkan keseluruhan keterangan.
TERLEPAS TALI GANTUNG ❗TIGA SAHABAT BEBAS TUDUHAN BUNUH 😱
tiga sahabat bebas hukuman mati
terlepas dari hukuman mati
tidak kena hukum gantung
terlepas dari hukuman gantung
hukuman gantung sampai mati
tiga orang terlepas hukuman mati
janda terlepas hukuman mati
lelaki lepas Hukuman mati
terlepas hukuman gantung
5 lelaki terlepas hukuman gantung pertuduhan bunuh remaja
tukang kayu terlepas hukuman gantung
dj terlepas hukuman gantung
suami istri terlepas hukuman gantung
isma halil hamzah terlepas hukuman gantung
peniaga wanita terlepas hukuman gantung
terlepas dari hukuman gantung
#beritamalaysia
#malaysia
#beritaviral
#beritaterkini
#trending
#beritaterkini
#mahkamah
Видео TERLEPAS TALI GANTUNG ❗TIGA SAHABAT BEBAS TUDUHAN BUNUH 😱 канала info dot my

Комментарии отсутствуют
Информация о видео
27 октября 2023 г. 21:14:12
00:05:12
Другие видео канала