Загрузка страницы

🔴 EMPAT MAKAM BATU NISAN ACEH DI KAMPUNG LUKUT | KOTA TINGGI

Explorasi Misteri Mistik kali ini ke lokasi Kampung Lukut di Kota Tinggi, Johor dimana terletaknya empat (4) makam bernisankan nisan aceh berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.

Batu nisan aceh memang berkait rapat dengan zaman Kesultanan Melayu satu ketika dulu samada terdiri dari sultan, para pembesar istana, dan kerabat sultan.

Tidak ramai yang mengetahui kewujudan makam ini. Oleh sebab itu saya bertekad untuk mencari dan kemudian menyampaikan maklumat secara ilmiah kepada generasi kini.

Bagaimanakah struktur nisan aceh tersebut? Saksikan rakaman video ini sehingga ke akhirnya.
___________________________

Fakta Batu Nisan Aceh

Seni “batu Aceh” merupakan suatu tradisi kesenian Islam yang amat bererti bagi seluruh kawasan Nusantara kerana ia miliki gabungan antara budaya, bangsa dan Islam. Ia antara batu nisan Islam tertua dan jumlah “batu Aceh” jauh lebih besar dari batu nisan yang berasal dari tradisi kesenian Islam lain.

Jika ditambah dengan tingkat kemahiran yang tinggi, anekaragam bentuk dan kekayaan hiasan, serta ukirannya peninggalan Islam di kawasan ini, maka “batu Aceh” merupakan monumen luar biasa untuk sejarah Islam pada umumnya dan sejarah kesenian Islam di Nusantara pada khususnya.

"Batu Aceh" juga dipercayai antara batu nisan yang paling canggih dan unik di dunia berbanding batu nisan kebudayaan, bangsa dan agama yang lain.

____________________________

Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.

_________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #KmpgLukut #NisanAceh

Видео 🔴 EMPAT MAKAM BATU NISAN ACEH DI KAMPUNG LUKUT | KOTA TINGGI канала Studions Production
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
8 декабря 2019 г. 17:00:35
00:41:28
Яндекс.Метрика