Загрузка страницы

#27 PIKAT TERBAIK | GAME CANTIK | PANDAI PUJUK

#AyamHutan #PikatTerbaik #VideoPikatTerbaik
Jangan lupa subscribe dan komen,Share ilmu dan pendapat tai amat berharga buat kami jenerasi baru..

Ayam Hutan Asli memiliki bentuk badan yang sangat ramping dan kelihatan seperti bola ragbi. Berat badannya pula adalah sekitar 600gram. Ayam Hutan Kacukan kebanyakannya memiliki saiz badan yang lebih besar dan tidak ramping. Berat badannya pula kebanyakannya melebihi 1kg. Bagi Ayam Hutan liar yang tidak asli, struktur rangka dan dadanya adalah lebih besar dan berat badannya pula adalah sekitar 700gram dan boleh mencapai sehingga hampir 1kg walaupun ciri-ciri lain yang ada padanya menyamai Ayam Hutan yang asli. Manakala ayam hutan yang dikacukkan dengan ayam Serama pula kebiasaannya akan lebih menyerupai Ayam Serama dan ianya tidak dikategorikan sebagai ayam hutan. Menurut keterangan seorang warga Indonesia yang berasal dari Surabaya, ayam hutan merah liar yang terdapat diIndonesia seperti diJawa, Sumatra dan kepulauan-kepulauan lain umumnya memiliki saiz badan yang lebih besar berbanding ayam hutan merah yang terdapat diMalaysia khususnya dibahagian pantai timur Semenanjung.
1) SUARA
Bunyi kokokan Ayam Hutan Asli adalah lebih kecil, nyaring dan sangat pendek berbanding dengan Ayam Hutan Kacukan. Ayam Hutan Asli juga hanya aktif berkokok pada musim mengawan manakala Ayam Hutan Kacukan berkokok sepanjang masa.
2) BALUNG
Ayam Hutan Asli lazimnya mempunyai balung berjeriji 6, bersaiz kecil, nipis dan berbintik kecil. Saiz dan panjang jerijinya adalah tidak selari yang mana separuh daripada balung yakni 3 jeriji yang berdekatan dengan paruhnya bersaiz kecil berbentuk seperti 3 buah bukit dan separuh lagi bersaiz besar berbentuk seperti 3 buah gunung. Panjang balungnya juga tidak melepasi paras cuping telinga. Manakala Ayam Hutan Kacukan, Ayam Kampung atau ayam tempatan yang lain tidak memiliki balung seperti yang dinyatakan. Ayam Hutan liar yang mempunyai balung berjeriji selari seperti Ayam Hutan Kacukan atau Ayam Kampung dikhuatiri telah mengalami beberapa proses kacukan dengan ayam tempatan termasuk Ayam Hutan Kacukan atau denak yang terlepas. Keaslian ayam hutan yang memiliki balung seperti ini juga boleh dipertikaikan walaupun ianya hidup bebas didalam hutan. Walaubagaimanapun, perbandingan saiz balung adalah lebih utama daripada membandingkan bentuk jerijinya.

#Ayamhutan #denak #pikat #melaman #selapis #bulat

Видео #27 PIKAT TERBAIK | GAME CANTIK | PANDAI PUJUK канала GENG PIKAT MALAYSIA
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
19 октября 2019 г. 16:03:15
00:22:03
Яндекс.Метрика