Загрузка страницы

MAZHAB CINTA - Artis Tarbiah Sentap Records (Official Music Video)

#MazhabCinta lagu pertama dalam sejarah #TarbiahSentap menghimpunkan semua artis kami, Rabithah, Aniq Muhai, Syed, The Truth, Areef dan Norhafiz (Autotune Band). Lagu sempena Maulidur Rasul, bulan memperingati Baginda Rasulullah SAW. Tanya diri kita siapakah Baginda bagi kita? Renung kembali jasa-jasa Baginda terhadap kita. Tanpanya adakah kita akan menjadi insan seperti hari ini. Ayuh! Kita perbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW ❤
.
Jom ikuti perkembangan artis Tarbiah Sentap:
Tarbiah Sentap Records : https://www.instagram.com/tarbiahsentaprecords/
Rabithah : https://www.instagram.com/rabithahofficial/
Aniq Muhai : https://www.instagram.com/aniqmuhai/
Syed : https://www.instagram.com/syedsalahuddinofficial/
The Truth : https://www.instagram.com/thetrvthofficial/
Areef : https://www.instagram.com/areefmusic/
Norhafiz : https://www.instagram.com/thenorhafiz/
.
MAZHAB CINTA
Lirik & Lagu: Akmal Mustafa
Penerbit : Akmal Mustafa & Ustaz Adnin
Susunan Muzik: Iris Tan & Ida Liew
Pemain gitar: Haw Vee
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Arahan Muzik Video: Aidil Azhar
Pereka Grafik: Azeem Razali
TARBIAH SENTAP RECORDS
.
Penghargaan khas: Pengarah, Pegawai dan Kakitangan
(Frontliners Sumber Air) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
Tempat: Off River Storage, Bestari Jaya, Selangor.
.
ANIQ:
Alkisah sebuah gunung bernama Uhud
Didaki Rasul dan 3 pengikut
Bergegar Uhud lantaran rindu
Ditenteram Rasul menenangkan rindu

RIDWAN:
Alkisah di perkebunan merintih si unta
Dibebani kerja sedikit makanannya
Dikucup kaki Rasul yang mulia
Dibelai Rasul, keluhan unta didengar

ANIQ:
Hebatnya manifestasi cinta alam
Tiada pohon, batu dan pergunungan
RIDWAN:
Yang dilalui baginda tanpa salam
Kerana dia sebaik ciptaan

AREEF:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
AYMAN:
Hanya kerana cinta pada baginda
Dijanjikan syurga dan bersamanya
ANIQ:
Hingga Uhud dijanji syurga
Rasul turut mencintainya

NAUFAL & IRWAN:
Alkisah pohon tamar yang kekeringan
Dahulunya mimbar namun ditinggalkan
Menangis rindu rintih bak si bayi
Ditenangkan Rasul lantas didakapi

HAKIM:
Walau cinta umat taruh di neraca
Pasti cintanya lebih dari segalanya
HAFIZ:
Demi umat darah dan tangis mencurah
Biarpun berabad lama terpisah

NAUFAL:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
MAHDI:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
CHORUS:
Dia hadir mengajarkan mazhab cinta
Hingga makhluk lain turut merasa
SYED: (hanya kerana)
NAUFAL: (cinta oh..)
Hanya kerana cinta pada baginda
IRWAN: (..dan bersamanya)
Dijanjikan syurga dan bersamanya

SYED:
Kadang wajahnya gelisah ribut melanda
Bimbang umat dihentam azab seksa
IRWAN:
Kadang gusar baginda umat berlapar
Namun rumahnya sering tak punya apa
AYMAN:
Walau tika hujung nyawanya
NAUFAL:
Resah memikirkan umatnya
MAHDI:
Kerana sebegitu hebat cintanya
RIDWAN:
Layakkah ku jadi umatnya?
ANIQ:
Layakkah aku kan bersamanya?
.
Jom dapatkan baju T-shirt terbaru keluaran Tarbiah Sentap Exclusive, EDISI MAULID.
PRE ORDER DIBUKA BERMULA 31 OKTOBER 2020 SEHINGGA 10 NOVEMBER 2020.
Layari tarbiahsentapexclusive.com untuk maklumat lanjut, atau tekan LINK di ruangan caption untuk sebarang tembahan.

Видео MAZHAB CINTA - Artis Tarbiah Sentap Records (Official Music Video) канала Tarbiah Sentap
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
28 октября 2020 г. 18:00:12
00:05:32
Яндекс.Метрика