Загрузка страницы

Dari Pemandu SCANIA G460 kepada adik Natasya.

Video sebahagian dari jawapan kepada luahan serta pertanyaan adik Natasya yang viral di Facebook.

Lebih dua puluh tahun hadap situasi macam yang dipaparkan. Sebagai pemandu kenderaan berat, aku hadam macam tu je. Marah tu tetap ada. Nak lebih lebih tiada guna. Aku sedar, ramai dikalangan mereka sebenar kurang ilmu ketika berada di jalan raya. Risau kalau kalau ada yang kena lenyek. Aku pun ada keluarga juga. Kalau salah aku, aku kena terimalah. Tapi bagaimana pula kalau bukan salah aku tapi aku dikira bersalah hanya kerana kenderaan aku besar? Hal ini pernah terjadi kepada rakan pemandu aku. Naya weh dia naik turun di mahkamah. Makan tahun juga nak selesaikan kes. Dengan lesen kena gantung lagi. Padahal dia kena langgar dari belakang dengan motosikal. Yang melanggar tu arwah.
Setakat ni syukur alhamdulillah. Boleh elak lagi dari berlaku kemalangan aku akan elak. Boleh tengok videonya di 👉 https://www.facebook.com/trucksNbusesCommunityOfMalaysia/ Berkat dari kesabaran, pengalaman, teguran dari kawan kawan dan tak lupa juga kepada cikgu cikgu yang mendidik aku semasa menghadiri seminar mengenai keselamatan. Paling terima kasih kepada Volvo Trucks Malaysia la 👉 https://www.facebook.com/VolvoTrucksMalaysia/. https://www.youtube.com/channel/UCUPfkelXPc4j1qheaRSsJuQ. Di sinilah aku banyak dapat tips tips keselamatan dari tenaga pengajarnya. Terutamanya Cikgu Rosdi Muhd Ishak, Cikgu Syamsul serta Encik Siva. Mereka ni memang tak pernah nak kedekut ilmu la. Setiap pertanyaan pasti ada jawapannya. Insya Allah. Tak lupa juga sahabat aku Abang Zul 👉 https://www.youtube.com/user/flyninewhiskey. Banyak juga aku pelajari dari beliau. Begitu juga dengan Razi Mohd serta Syamizi Binmohd 👉 https://www.youtube.com/channel/UCgab8-0M1A0jRGr-OhJuF-w Kalau kira nak membawang, aku lebih dulu lagi. Kalau nak dilayankan, satu apa kerja pun atau tak dapat buat. Selagi aku oleh tegur dan nasihat dengan pelbagai cara aku akan buat. Semata mata aku nak semua pengguna jalan raya selamat. Belajarlah dari apa yang aku paparkan.
Apa pun, aku nasihatkan semua pengguna jalan raya, carilah ilmu macam mana kita nak selamat ketika berada di jalan raya. Sebagai mana kamu semua menggunakan kenderaan ringan, sudah tentu kami aku yang memandu kenderaan berat ini juga menggunakan kenderaan ringan. Jika kami boleh bersabar, kenapa tidak kamu semua. Tak dinafikan ada segelintir dari kami yang bersikap tidak baik di jalan raya. Tapi jangan andaikan semuanya sama.

Selamat menonton. Jangan segan segan like, komen, share & subscribed. Terima kasih... 🤗

Terima kasih kepada H&K Ventures untuk montaj dan penutup video ini. Jika anda berminat boleh klik di 👉 https://www.facebook.com/hnk.ventures/
https://instagram.com/hnk.ventures?utm_source=ig_profile_share&igshid=bkhlccd55x58

#ScaniaG460 #PanduCermatSemuaSelamat

Видео Dari Pemandu SCANIA G460 kepada adik Natasya. канала Nazri Bin Tan
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
14 октября 2018 г. 20:42:02
00:22:44
Яндекс.Метрика