Загрузка страницы

DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAN MELAWAT PENYOKONG CILIK JDT, ADIK HAZREEL

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor serta diiringi YAM Tunku Idris Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berkenan melawat adik Muhammad Hazreel, 5 tahun di Bandar Seri Alam, Masai yang menghidap penyakit kulit genetik dari kecil. DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menunaikan hasrat adik Hazreel ini yang dilaporkan amat teringin untuk bertemu dengan baginda sebagaimana laporan akhbar semalam.

Adik Hazreel ini merupakan peminat cilik setia Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tetapi terpaksa melupakan hasratnya untuk menonton perlawanan di stadium atas sebab kesihatan beliau yang tidak boleh bersesak dengan orang ramai. Beliau hanya menonton di kaca televisyen rumah atau dilayar gergasi sahaja dan bermula dari situlah rasa timbul teruja untuk bertemu DYAM Tunku Mahkota Johor. Selain dari barangan cenderahati rasmi JOHOR Southern Tigers, DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor turut mengurniakan sumbangan buat keluarga adik Hazreel bagi menampung perbelanjaan perubatan adik Hazreel.

Pastinya kehadiran Keluarga Diraja Johor ini menjadi satu episod istimewa buat adik Hazreel dalam perjuangannya melawan penyakit yang dihidapi ketika ini. Allah Peliharakan Sultan.
Website: http://johorsoutherntigers.com.my
Official FB: https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my
Twitter: https://twitter.com/officialjohor
Instagram: http://instagram.com/officialjohor

Видео DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BERKENAN MELAWAT PENYOKONG CILIK JDT, ADIK HAZREEL канала JOHOR Southern Tigers
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
4 октября 2016 г. 19:45:11
00:03:24
Яндекс.Метрика