Загрузка страницы

Chu Chi Tunnel Terowong Askar Vietnam Vs US Army - Ho Chi Minh

TAKUT TEMPAT SEMPIT
Claustrophobic adalah satu sejenis perasaan takut berada ditempat yang sempit, padat, atau kurang rongga yang menyebabkan seseorang itu jadi lemas, sesak nafas dan panik.

Baru-baru ini saya berada di Vietnam. Satu moment yang cukup meaningful buat saya dan isteri dimana kami secara last minutenya bersetuju untuk ke singgah ke suatu lokasi bersejarah bagi Negara Vietnam iaitu Chu Chi Tunnel atau sebutan melayunya ‘Terowong Ku Ci’.
[RAKAMAN VIDEO ASLI DARI DALAM CHU CHI TUNNEL]

Chu Chi Tunnel adalah sebuah titik utama hubungan perjalanan rahsia antara tentera dari Vietnam Utara berhubung dengan Vietnam Selatan. Sebuah bunker atau pengkalan tentera yang dibina dibawah tanah. Dari hanya sekadar jalan perhubungan, Chu Chi Tunnel berkembang dan membangun menjadi ibarat sebuat bandar didalam tanah. Hasil dari tekanan pihak Amerika Syarikat yang telah meratakan seluruh kawasan permukaan atas darat, mereka terpaksa membangunkan bawah tanah bagi penerusan hidup. Kawasan tersebut dikenali sebagai ‘No Man Land’.
Kenapa?
Sebab kalau didapati ada orang, confirm ko mati kena tembak dek US Army. Mereka takkan bezakan rakyat dengan tentera. Tembak je.

[Bijaknya Tentera Vietnam (VietCog)] 💡
* Mereka mendesign Selipar dari tayar lori US dengan rekaan selipar terbalik, utk bagi US confius.
* Kalau tentera US cuba ikut arah tapak kaki dari selipar VietCog, mereka akan confius dan boleh terjerat ke perangkap.
* Bagaimana mereka bernafas? Saluran udara direka dan lubang ditebuk di busut-busut anai-anai. Atau busut dibuat utk jadi lubang saluran udara mereka.
* US bawak anjing utk kesan lorong2 bawah tanah, lubang2 udara mereka, tetapi vietCog hntr pompuan (vietnamese rose) sebagai pelayan di siang hari, pada waktu mlm mereka curik tembakau, brg2 tentera US utk mereka letak di sekitar pintu tunnel supaya anjing xdpt mengesan bau mereka
* Masak didlm terowong, hnya 1 hari sekali di waktu pagi sahaja dan menghalakan asap keluar sejauh 20km - 40km untuk elak dikesan. Asap keluar ibarat kabus pagi. Bijak!
* Terowong dibuat ngam2 muat saiz badan org vietnam sahaja, US Army can’t fit IN.

Hubungan US-Viet Kini
* US beri special dana utk rakyat vietnam yg cacat hasil kesan drpd perang senjata kimia.
* Semua rakyat yg cacat di kumpulkan dan dijaga di suatu tempat oleh kerajaan Demi Menghilangkan semua kesan kesengsaraan mereka dri pandangan rakyat. They(rakyat) dont want to remember it.
* Kesan Kecacatan keturunan hasil senjata kimia perang US-Viet hanya tamat pada tahun 2006. Bermaksud yang lahir cacat, last kelahiran adalah 2006.
* Walaubagaimanapun, Yang lahir sempurna anggota kini berhadapan pula risiko kegagalan organ dalaman, kanser dan cacat otak. Kesengsaraan masih berterusan.

SYUKURLAH KITA DIMALAYSIA SANGAT SEMPURNA BERBANDING RAJYAT VIETNAM SANA.

Tamat coretan kisah Chu Chi Tunnel.
Vietnam Study Trip 7-9 Nov ‘19

Видео Chu Chi Tunnel Terowong Askar Vietnam Vs US Army - Ho Chi Minh канала Ezzul Erfan
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
17 ноября 2019 г. 21:39:49
00:03:51
Яндекс.Метрика