Загрузка страницы

Ucapan Bersemangat Pemilik Kelantan FC, ZamSaham bagi memantapkan pasukannya

Norizam (Zamsaham) beli TRW RM6.8 juta

Bola sepak jelas sukan yang merentasi sempadan apabila bukan anak jati, tetapi sebaliknya 'orang luar', Norizam Tukiman yang menjadi 'hero' untuk menyelamatkan masa depan dan bola sepak Kelantan.

Anak jati Johor yang lebih dikenali sebagai Zamsaham itu kini sah menjadi 'bos baharu' pasukan jaguh Pantai Timur itu selepas melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham dalam Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Pakar pelaburan itu menegaskan tumpuan pertama akan diberikan kepada prestasi dan infrastruktur pemain dalam usaha mengembalikan keyakinan peminat bola sepak negeri ini.

"Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain, kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA selesaikan hutang.

"Indeks Prestasi Utama (KPI) yang saya letakkan adalah seri dianggap kalah dan kemenangan itu harus. Kita mahu pemain fokus dan jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik serta jangan hampakan peminat," katanya.

Mahu beli TRW selepas buat kajian fans base terbesar di Malaysia adalah penyokong kelantan, kedua penyokong Kedah dan ketiga JDT.

Zamsaham belanja RM6.8j untuk selesaikan hutang dan beli The Red Warriors.

Pemilikan kelab Kelantan FC adalah 100% milik Zamsaham

Kelantan FC akan disenaraikan di Bursa saham Malaysia

Pemain TRW juga ada pemilikan saham

GOMO KELATE GOMO! 🔴⚪️💪🏼🔥

Видео Ucapan Bersemangat Pemilik Kelantan FC, ZamSaham bagi memantapkan pasukannya канала Karya Ambo
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
3 сентября 2020 г. 17:16:20
00:07:56
Яндекс.Метрика