Загрузка страницы

MURTABAK - Macam Ni Lah Cara Betul & Lengkap Nak Buat Murtabak [ENG Sub/2021]

MURTABAK
=========
Murtabak adalah makanan kegemaran yang amat popular semasa bulan Ramadhan. Tidak dapatlah dikenal pasti kenapa murtabak menjadi amat popular semasa bulan Ramadhan seperti kurma. Tetapi tiap-tiap kali bulan Ramadhan, bazaar Ramadhan akan ada penjual yang menjual murtabak ini.
.
Murtabak adalah spesis roti canai yang diisikan inti di dalamnya yang selalunya sama ada daging atau ayam. Rasanya lemak, sedap, manis, masin, masam dan sebagainya dan selalunya di makan bersama acar bawang, kuah kari dan kuah dal.
.
Untuk membuat murtabak ini, agaklah sukar kerana bahan-bahannya yang banyak dan mahal terutama jika kita menggunakan daging lembu dan kambing. Jadi, Cheq Na tuliskan di bawah ini bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat murtabak.
.
Untuk acar bawang murtabak, kita memerlukan
a) Bawang besar
b) Garam
c) Gula
d) Cuka
.
Untuk inti murtabak pula, kita perlukan
a) Daging lembu atau ayam
b) Bawang besar
c) Bawang putih
d) Halia
e) Rempah 4 sekawan
f) Minyak sapi
g) Minyak masak
h) Marjerin
i) Serbuk kurma
j) Serbuk garam masala
k) Gula
l) Garam
m) Air
n) Serbuk kunyit
o) Telur ayam
.
.
Bahan-bahan untuk kulit murtabak adalah seperti berikut:
a) Tepung gandum
b) Gula
c) Susu pekat
d) Garam
e) Minyak masak
f) Telur ayam
g) Air
h) Marjerin
.
.
Jadi, untuk membuat murtabak ini, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara nak buat murtabak ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE. Bukan kena bayar apa pun, FREE saja.
.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok movie ni dan jumpa di movie seterusnya
.
.
#cheqna​​
#cheqnakatasedapsedaplah​​
#cheqnaresipi

Видео MURTABAK - Macam Ni Lah Cara Betul & Lengkap Nak Buat Murtabak [ENG Sub/2021] канала Cheq Na
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
17 апреля 2021 г. 18:54:09
00:15:55
Яндекс.Метрика