Загрузка страницы

RESEPI NASI AYAM HAINAN

RESEPI NASI AYAM HAINAN

i) SUP DAN PATI AYAM
🌿 1 biji bawang merah
🌿 2 biji bawang putih
🌿 Halia (sebesar ibu jari)
🌿 Air
🌿 Ayam

Cara-cara memasak:-
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
2) Masukan air sehingga blup blup
3) Kemudian, masukan ayam dan biarkan selama 3 minit
4) Selepas itu, rendam ayam tersebut air bercampur ais selama 5 minit (nih nak bagi juicy dan nak bagi ayam stop masak)

ii) PERAPAN AYAM
🐾 2 sudu kicap cair (lemak manis)
🐾 2 sudu kicap pekat
🐾 1 sudu sos tiram
🐾 1 ulas bawang besar ✨
🐾 2 ulas bawang putih ✨
🐾 Halia (sebesar ibu jari) ✨

✨ perlu di blend/ tumbuk terlebih dahulu

Cara-cara menyedia:-
1) Sediakan ayam dan masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram serta bahan yang dikisar.
2) Kemudian, gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
3) Perap ayam tersebut selama 1 jam
4) Selepas satu jam, stim ayam seperti biasa lahh ehh !

iii) NASI AYAM
🍉 Butter/Planta
🍉 Minyak bijan
🍉 1 ulas bawang besar
🍉 2 ulas bawang putih
🍉 Halia (sebesar ibu jari) ✨
🍉 Lemak ayam
🍉 Beras
🍉 2 cawan pati ayam (i)
🍉 Garam

✨ perlu di blend/ tumbuk terlebih dahulu

Cara-cara memasak:-
1) Panaskan butter/planta dan minyak bijan.
2) Kemudian masukan bawang merah, bawang putih serta halia sehingga naik bau.
3) Seterusnya, masukkan lemak ayam gaul hingga sedikit masak.
4) Selepas itu, masukan beras yang sudah dicuci kedalam periuk gaul sehingga sebati.
5) Akhir sekali, masukan pati ayam (i) serta sedikit garam.
6) Biarkan sehingga ia masak.

iv) SOS KICAP
🥨 Minyak bijan
🥨 Kicap cair
🥨 Kicap pekat
🥨 Pati ayam (i)

Cara-cara menyedia:-
1) Masukan minyak bijan, kicap cair serta kicap pekat.
2) Seterusnya masukan pati ayam (i)
3) Letakan sedikit garam dan gula.

v) SOS SAMBAL
🦋 4 tangkai cili merah ✨
🦋 2 tangkai cili padi ✨
🦋 3 ulas bawang putih ✨
🦋 Halia (sebesar ibu jari) ✨
🦋 Limau nipis

✨ perlu di blend/ tumbuk terlebih dahulu

Cara-cara menyedia:-
1) Blend cili merah, cili padi, bawang putih serta halia.
2) Kemudian masukan limau nipis serta garam dan gula.

Maka itu siaplah NASI AYAM HAINAN DEANA SABRI for the first time trying ! Wuhuuu ! Last minute fikir nak masak apa, last minute cari barang, last minute masak !

Видео RESEPI NASI AYAM HAINAN канала Deana Sabri
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
1 февраля 2020 г. 12:57:59
00:01:54
Яндекс.Метрика