Загрузка страницы

CARA BELI RUMAH UNTUK GOLONGAN GAJI RENDAH ,RM 3000 JUGA LAYAK l PROPERTY MURAH MALAYSIA

CARA BELI RUMAH UNTUK GOLONGAN GAJI RENDAH ,RM 3000 JUGA LAYAK l PROPERTY MURAH MALAYSIA
PROPERTY MURAH DI MALAYSIA⤵️
https://propertyharimau.gr8.com/
LIKE MY FACEBOOK PAGE⤵️
https://www.facebook.com/Weng-Honn-104581724608685
JOIN MY YOUTUBE CEO⤵️
https://www.facebook.com/groups/848093692379069
Hi guys my name is Weng Honn , dalam video ini , Weng nak kongsi Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil .
https://www.propertyguru.com.my/property-guides/cara-beli-rumah-pertama-dengan-gaji-kecil-23477
Jangan lupa share video ini ya.
So , first sekali ada siapa yang nak beli rumah ? Jika anda nak comment di bawah ya .
Ada siapa yang nak beli rumah, tapi rasa macam gaji terlalu kecil? Angkat tangan?
Hahahaha , Jangan risau,Weng telah sediakan panduan ni untuk menolong anda, siap dengan kira-kira asas dan senarai skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia.
Rumah adalah symbol keselamatan bukan saja untuk anda , tetapi seisi keluarga.
Jom kita tengok Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil .
Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.
Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.
Dalam video ini Weng akan kongsi kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.
Seterusnya Weng akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.
Mungkin anda pikir , Weng , saya taka da duit macam mana nak beli rumah ?
Weng Cuma nak beritahu anda , bukan semua orang lahir kaya terus , anda perlu pandai buat financial management dan juga cara buat duit.
Channel Weng adalah focus untuk membantu anda untuk menjana income , dan kebanyakannya adalah tanpa modal .so , try cara yang Weng kongsi di channel saya dan buat sahaja , tak perlu complaint. Complaint tidak akan dapat buat duit ya.
Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?

Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.
Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).
Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum (asas) adalah:
Gaji kasar x 30 /1000
Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!
Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?

Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000.
Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.
Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000.
Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!
Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!
Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang, atau dalam Bahasa Inggerisnya, Debt Service Ratio (DSR).
Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.

Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.
Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).


Apa Rumah Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon?
Ada banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia, dari peringkat persekutuan, hingga ke peringkat negeri.
Di sini kami telah senaraikan skim-skim yang anda boleh mohon:
1) Skim Rumah PR1MA
2) Johor
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
3) Melaka
Lembaga Perumahan Melaka
4) Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP).
5) Selangor
Rumah SelangorKu
6) Pahang
Terdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.
7) Perak
Rumahku Aman Jaya
8) Terengganu
Rumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM)
9) Kelantan
Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.
10) Kedah
Rumah Mesra Rakyat SPNB
11) Pulau Pinang
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.
13) Sabah
Kerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.
14) Sarawak
Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000.
15) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
Residensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah.
Weng Harap Video ini dapat membantu anda terima kasih

Видео CARA BELI RUMAH UNTUK GOLONGAN GAJI RENDAH ,RM 3000 JUGA LAYAK l PROPERTY MURAH MALAYSIA канала Weng Honn
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
20 июня 2020 г. 17:13:04
00:07:26
Яндекс.Метрика