Загрузка страницы

🔴 KEBENARAN MAKAM LAKSAMANA HANG TUAH | MELAKA

Makam Hang Tuah yang terletak di Tanjung Kling, Melaka, Malaysia merupakan makam seorang pahlawan Melaka di mana kisah keberaniannya bermula apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

Walaupun terdapat beberapa hikayat seperti Hikayat Hang Tuah menyatakan bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Sri Lanang, dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

Di dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dicatatkan: "Hatta maka Laksamana Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassanlah jadi Laksamana, menggantikan mertuanya. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang lelaki, bernama Tun Abdul. Wallahu a'lamu bi'l sawab, wa ilaihi'l marji'u wa'l ma'ab".
___________________________

✅ Biografi: Nazri Salleh dan pn.Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam.

Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan.
____________________________

✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________

🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
https://t.me/InformasiEMM_bot
__________________________

✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
https://t.me/ExplorasiMisteriMistik

#ExplorasiMisteriMistik #MakamHangTuah

Видео 🔴 KEBENARAN MAKAM LAKSAMANA HANG TUAH | MELAKA канала Studions Production
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
26 февраля 2020 г. 7:28:00
00:38:48
Яндекс.Метрика