Загрузка страницы

Kejohanan Seni Mempertahankan (Diri Muaythai) Sempena Hari Penguatkuasa PPj 2022

Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri yang melibatkan tiga seni mempertahankan diri yang popular di Malaysia iaitu Silat Olahraga, Taekawondo dan Muaythai bertempat di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari, Presint 18, Putrajaya.

Kejohanan ini berlangsung selama dua hari yang bermula pada 15 hingga 16 Oktober 2022 dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam diadakan bersempena Hari Penguat Kuasa PPj 2022 yang diadakan setiap tahun pada bulan Oktober. Kejohanan ini diadakan bertujuan memberi peluang dan ruang anggota Penguat Kuasa menimba pengalaman berkaitan sukan bela diri, mempromosikan fasiliti sukan sedia ada di Putrajaya dan mencungkil bakat baru dalam arena seni bela diri dalam kalangan komuniti Putrajaya.

Kejohanan pada kali ini telah menarik penyertaan seramai 200 peserta dengan pecahan 60 petinju Muaythai, 60 pesilat silat Olahraga dan 80 peserta taekawondo dari pelbagai kelab di Putrajaya serta Lembah Klang.

#putrajaya
#keluargamalaysia
#HariPenguatkuasaPPj2022
#perbadananputrajaya

Видео Kejohanan Seni Mempertahankan (Diri Muaythai) Sempena Hari Penguatkuasa PPj 2022 канала Perbadanan Putrajaya
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
20 октября 2022 г. 12:39:14
00:03:23
Яндекс.Метрика