Загрузка страницы

'Ada 'benda' lain masuk tubuh saya'

Bekas pensyarah sebuah universiti awam (UA) dalam daerah ini, yang dituduh di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, pada 2 Julai, atas tuduhan melakukan khianat termasuk memecahkan pasu bunga dan pagar rumah ibunya, diperintah menjalani rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Majistret Suhaila Shafi'uddin membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati tertuduh, Muhammad Yusof Ismail, 44, tidak sempurna akal sepanjang prosiding pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Terdahulu, tertuduh berhadapan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan memberitahu mahkamah, dia tidak melakukan perbuatan itu sebaliknya mendakwa ada bisikan dan 'pihak' lain memasuki badannya.

Pada masa sama, tertuduh turut menyebut tiga nama antaranya Ali dan Faizal yang dikaitkan dengan perbuatan dilakukannya.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia didakwa memecah pasu, merosakkan pagar serta memecahkan cermin kereta BMW milik adiknya berusia 39 tahun di sebuah rumah, Jalan Tasek Merdeka, di Batu Pahat, pada jam 3.30 petang, 8 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-----------------------
#BHonline #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy

Видео 'Ada 'benda' lain masuk tubuh saya' канала Berita Harian Online
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
4 июля 2024 г. 12:32:29
00:01:18
Яндекс.Метрика