Загрузка страницы

Tarian Gamelan - Timang Burong

Dipersembahkan oleh Kumpulan Gamelan Warisan Terengganu dengan diiringi nyanyian oleh Wan Salmah Sulaiman dan korus oleh Ramli Ibrahim, Razali Ismail, Wan Kamariah Mohd, Norhayati (Cikgu Anis), Faisal dan Shariman Shamsuddin dan ditarikan oleh penari asal Kumpulan SUKTRA Terengganu iaitu Wan Aznira Wan Nor, Noranita Hamid, Wan Arina Wan Mohd, Ayusnida Arshad, Salwani dan Badariah Mohd bersempena dengan Festival Muzik Gamelan Sedunia 2010, Kuala Terengganu yang diadakan pada 23-26 Julai 2010 yang lalu. Tarian Ini menceritakan tentang keindahan dan kepintaran burung kesayangan Si Raden Galoh yang pandai menyanyi dan menari tatkala bertenggek di dahan-dahan yang rendang sambil mencari makan, Gerak tari yang dipaparkan adalah simbolik kepada pergerakkan burung ini.

Kumpulan Gamelan Warisan ini menghimpunkan beberapa nama besar dalam kesenian gamelan Terengganu seperti Othman Abdullah dan Zaharah Hamid yang merupakan waris kepada Adnan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Mak Nang, primadona gamelan istana yang diingati sebagai tokoh tari gamelan Melayu. Kumpulan ini juga dianggotai oleh pelantun vokal lagu-lagu gamelan Melayu terkenal iaitu Puan Wan Salmah Wan Sulaiman yang juga merupakan anak didik Mak Nang, serta beberapa pemuzik gamelan yang pernah berkhidmat dengan Kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA). Dengan mengekalkan ciri-ciri asal persembahan gamelan Melayu dalam aspek muzik dan gerak tari, kumpulan ini dianggap sebagai kesinambungan kumpulan gamelan diraja Terengganu yang menempuh zaman kegemilangan sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Permaisuri Tengku Ampuan Mariam (1920-1942), serta sewaktu kebangkitan semula gamelan Melayu sekitar awal 1970-an~Along (Farizan Razuri)

Видео Tarian Gamelan - Timang Burong канала hariezi
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
13 сентября 2011 г. 11:28:30
00:07:19
Яндекс.Метрика