Загрузка страницы

Meriam 105mm LG1 MK III, 1 RAD (Para) Eksesais Shelldrake Para Siri 1/2021.

#10BrigedPara
#1radpara
#AirborneGunners
#105mmLG1MKIII
#2021

PANGLIMA 10 BRIGED(PARA) MELAWAT 1 RAD (PARA) MENJALANI EKSESAIS SHELLDRAKE

GEMAS: Kesinambungan daripada penerimaan Meriam 105mm LG1 MK III pada penghujung tahun 2020, 1 RAD (Para) telah melaksanakan Eksesais Shelldrake Para Siri 1/2021.

Terdahulu, 1 RAD (Para) telah melaksanakan tiga siri kursus penyesuaian bagi persenjataan ini yang merangkumi pengendalian meriam serta sub sistem sebelum melaksanakan latihan tembakan.

Sehubungan dengan itu, perlaksanaan eksesais ini secara khasnya adalah bertujuan untuk menilai tahap kompentensi krew mengendalikan persenjataan meriam 105mm LG1 MK III dan sub sistem serta memastikan kebolehgunaan persenjataan meriam 105mm LG1 MK III ini.

Lawatan Panglima 10 Briged Para, Brig Jen Khairul Azmizal bin Ahmad Natal dan Pengarah Artileri, Brig Jen Dato' Dr Hj Ibrahim bin Yasir ke Eks Shelldrake yang dijalankan bermula 22 hingga 25 Feb 21 adalah untuk melihat tahap kesiapsiagaan dan kompetensi pasukan dari aspek peranan dan tugas dan pada masa yang sama melihat persiapan pasukan dalam menghadapi latihan briged iaitu Ex Para Predator dan Ex Gerak Pantas yang bakal berlangsung pertengahan tahun 2021.

Sejurus Panglima dan Pengarah Artileri mendengar taklimat eksesais yang disampaikan oleh Lt Kol Zakaria bin Saip Lani, program diteruskan dengan latihan tembakan tidak langsung di Tapak Meriam G26, tembakan langsung di Pos Pemerhati Bukit Kidney dan pertunjukan Tindak Cepat. Panglima 10 Bgd (Para) turut melaksanakan kawad tindakan dan menembak meriam.

Panglima 10 Bgd (Para) turut menekankan agar setiap crew meningkatkan kompetensi diri dalam melaksanakan peranan dan tugas 1 RAD (Para) mendokong aturgerak 10 Bgd (Para).

- 1 RAD (Para)

Видео Meriam 105mm LG1 MK III, 1 RAD (Para) Eksesais Shelldrake Para Siri 1/2021. канала Azrul Photography
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
25 февраля 2021 г. 21:09:40
00:12:47
Яндекс.Метрика