Загрузка страницы

Cerita Agropreneur Kita . Ep.5: “Pesara Tentera Penternak Kambing Berjaya”

Minat mendalam terhadap bidang pertanian sentiasa mekar di hati Encik Mohd Yusoff Bin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Usop dalam kalangan penduduk setempat. Selepas menamatkan perkhidmatannya bersama Angkatan Tentera Malaysia, Pak Usop tidak pernah mensia-siakan kesempatan yang ada untuk meneruskan projek ternakan kambingnya di Kampung Telaga Ara, Gunung, Bachok, Kelantan. Di saat menjejakkan kaki ke sini, pengunjung pasti teruja dan kagum dengan keindahan kawasan ternakan kambing Pak Usop yang dijaga cukup rapi.

Bukan sahaja menjaga kambing-kambingnya bagai menatang minyak yang penuh, Pak Usop amat menitik beratkan aspek kebersihan di mana kandang kambingnya sentiasa dicuci setiap hari. Dengan keadaan kambing-kambing yang dibela cukup cantik, sihat dan berkualiti, nama MYDM Agro Farm milik Pak Usop mula meniti di bibir penggemar haiwan ini bukan sahaja di Kelantan malah dari luar negeri Che Siti Wan Kembang ini. Memfokuskan ternakan kambing dari baka Boer dan Kalahari, sikap mesra Pak Usop menjadi antara sebab utama pelanggan sering kembali kepadanya.

Melakukan urusan jual beli kambing sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu bukan mudah. Tetapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Pak Usop memasang strategi untuk terus melangkah biarpun berdepan cabaran. Beliau berhasrat mahu membesarkan lagi ternakan kambingnya. Sifat disiplin yang telah dilatih sejak zaman pekerjaan membolehkan usahawan berusia 45 tahun ini terus menempa nama di Kelantan seiring visi dan misi beliau untuk bergelar usahawan berjaya.

Saksikan kisah penuh inspirasi Pak Usop, pemilik MYDM Agro Farm dalam Cerita Agropreneur Kita.

Видео Cerita Agropreneur Kita . Ep.5: “Pesara Tentera Penternak Kambing Berjaya” канала AgrobankTV
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
9 июня 2021 г. 9:42:33
00:04:10
Яндекс.Метрика