Загрузка страницы

Tok Guru Dalam Kenangan

Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 9:40 malam pada 12 Februari lepas di kediamannya di Kampung Pulau Melaka.

Pemergian Murabbi Ummah ini sukar untuk dicari ganti dan merupakan satu kehilangan yang besar bagi rakyat Kelanta khususnya.

TGNA dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan adik beradik dan merupakan seorang bapa kepada sepuluh cahaya mata.

TGNA mendapat pendidikan awal di sekitar Kelantan dan Terengganu yang kemudiannya melanjutkan pelajaran di India pada tahun 1952 serta mendalami ilmu tafsir al-quran di Lahore, Pakistan pada tahun 1957.

Beliau juga berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar,Mesir. TGNA pernah berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah menengah agama.

Pada 1967, beliau mendaftar sebagai ahli PAS sehingga dilantik sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa. Nik Abdul Aziz mula memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 sehingga 2013.

Selain gagasan Membangun Bersama Islam yang dibawa oleh pemimpin yang disegani ini, beliau turut menjadi idola dan ikon kepada ramai rakyat di negara ini tanpa mengira parti dan politiknya.

Beliau juga merupakan salah seorang pemimpin Islam yang paling berpengaruh di dunia ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan solehin.

Видео Tok Guru Dalam Kenangan канала RTV Kelantan
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
24 февраля 2015 г. 5:56:34
00:03:34
Яндекс.Метрика