Загрузка страницы

Latifah Omar Meninggal Dunia

Seniwati Latifah Omar meninggal

KUALA LUMPUR 9 Jun - Selepas seminggu menjalani pembedahan di bahagian perut kerana menghidap penyakit ulser, pelakon veteran, seniwati Latifah Omar menghembuskan nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada kira-kira pukul 6 petang ini.

Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarham, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum itu telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya pada 1 Jun lalu di PPUKM dan koma selepas pembedahan tersebut.

"Allahyarham turut menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam di pusat perubatan yang sama dan semasa saya melawatnya pada 6 petang, dia tidak sedarkan diri dan petang ini saya dimaklumkan dia sudah pun meninggal dunia," katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Mustapha, Allahyarham yang kembali ke rahmatullah pada usia 74 tahun sebelum itu sudah kelihatan uzur kerana menghidap penyakit lain seperti kencing manis.

Kali terakhir Allahyarham muncul di khalayak apabila hadir dalam majlis pertemuan dengan teman-teman pelakon seangkatannya anjuran pengarah veteran Tan Sri L. Krishnan di Kelab Tasik Perdana di sini April lalu.

"Ketika itu pun Allahyarham sudah tidak berapa sihat tetapi kerana mahu berjumpa kawan-kawannya seperti Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar, Mariani dan Datin Umi Kalthum, dia tetap hadir ke majlis makan malam itu," ujarnya.

Allahyarham yang telah berlakon lebih 20 buah filem seperti Che Mamat Parang Tumpul, Bawang Puteh Bawang Merah, Laila Majnun dan Jula Juli Bintang Tiga dijadualkan disemadikan di Tanah Perkuburan Keramat sebelum zuhur esok.

Видео Latifah Omar Meninggal Dunia канала Azhar Hashim
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
10 июня 2013 г. 23:32:58
00:02:25
Яндекс.Метрика