Загрузка страницы

Resepi Daging Dendeng | Mudah Sedap | Menu Wajib Raya Qorban

Raya Haji dah semakin dekat ni.. terbayang banyak daging qorban penuh dekat peti ais nanti. hehe.. Jangan risau, jom buat Resepi Daging Dendeng! Comfirm sedap dan cepat je habis..

RESEPI DAGING DENDENG MUDAH SEDAP | MENU WAJIB RAYA QORBAN
Bahan-bahan
* 15 biji bwang kecil
* 10 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 1/2 inci halia
* sedikit belacan
* 2 genggam cili kering
* 900 gram daging
* kicap lemak manis, kicap masin dan sos tiram

CARA PENYEDIAAN :

Potong daging kecil-kecil. Pastikan potong dengan cara yang betul. rujuk video ye. Kak Long ada tunjukkan caranya.

Rebus sehingga daging empuk. Dan lembut, angkat dan toskan. Sejukkan sekejap. Air rebusan daging simpan 1 cawan

Blend kasar bawang kecil, bawang putih, serai dan halia.

Blend cili kering. Terpulang nak blend kasar atau hancur.

Daging tadi, dah sejuk tuang 1/2 cawan kicap manis dan kurang 1/4 kicap masin. gaul sebati dan perap 1 jam

Selepas 1 jam, goreng daging sehingga garing. Guna api sederhana

Guna minyak yang sama, tumis bahan blend bawang tadi. Masak sehingga naik bau, masukkan sedeikit belacan. Kacau rata.

Masukkan cili kering. Masak sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan 1/2 cawan kicap manis dan sedikit sos tiram

Kemudian, masukkan daging . Gaul rata.

Masukkan air daging 1 cawan. Masukkan sikit demi sikit sehingga habis.

Perasakan dengan perasa jika perlu. Kak Long masukkan gula sedikit.

Masak sehingga agak kering, rasa semua dah cukup. Dah siap!

Daging Dendeng Kak Long dah siap..

#DagingDendeng
#ResepiDagingDendengPerak
#PortResepi

Видео Resepi Daging Dendeng | Mudah Sedap | Menu Wajib Raya Qorban канала Port Resepi
Показать
Комментарии отсутствуют
Введите заголовок:

Введите адрес ссылки:

Введите адрес видео с YouTube:

Зарегистрируйтесь или войдите с
Информация о видео
16 июля 2020 г. 11:00:03
00:05:58
Яндекс.Метрика